Musim bunga adalah musim yang dinanti-nanti oleh kebanyakan fashionista kerana rata-rata jenama fesyen akan melancarkan aneka koleksi meriah berwarna-warni sambil disertai corak cetakan abstrak yang ceria lagi menawan!
Seperti jenama fesyen dari Sweden ini, MONKI nampaknya melangkah ke satu tahap yang lebih eksentrik apabila tampil unik dengan menawarkan seleksi rekaan berkonsep atletik dengan pilihan corak cetakan eksotik yang lari daripada kebiasaan.
Umumnya, musim bunga kita ditawar dengan pilihan corak floral semata tetapi MONKI menambat cita rasa si pemakai dengan seleksi cetakan kulit sisik ular, kulit harimau bintang, jalur serta simbahan rona neon.
Istimewa untuk anak gadis dan para wanita yang bersifat ranggi dan tidak pernah malu untuk menonjolkan diri di hadapan khalayak, koleksi musim bunga/panas 2019 MONKI terdapat dalam helaian skirt midi, celana lengging pendek, blaus, jumper, dress, kardigan, baju mandi dan banyak lagi!
Apa yang paling menarik, pelbagai saiz juga ada ditawarkan buat mereka yang memiliki badan “Plus size”.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/Monki].