Produk baru kelahiran Mary Kay memang menarik!
Perkenal revolusi penjagaan kulit yang mampu membekalkan kesegaran dan kuasa vitamin C tulen. Inovasi kepingan kecil mudah larut ini adalah yang pertama dalam industri penjagaan kulit dan hanya boleh didapati daripada Mary Kay.
TimeWise Vitamin C Activating Squares, menyelesaikan masalah dengan teknologi canggih yang membantu vitamin C tulen kekal stabil sehingga digunakan. Kepingan segi empat ini larut di tapak tangan anda, dan menjadi eliksir vitamin C tulen yang segar dan poten yang meningkatkan keberkesanan apa sahaja serum Mary Kay untuk kuasa anti-penuaan yang lebih hebat.
Untuk mengaktifkannya, cuma larutkan satu keping TimeWise Vitamin C Activating Squares dengan 3-4 titik Mary Kay Botanical Effects Freshen in Formula 2 di tapak tangan anda dan tambahkan serum. Ia mudah untuk digunakan dan anda pasti teruja melihat kesannya. Selepas hanya dua minggu ujian klinikal, penggunaan TimeWise Vitamin C Activating Squares telah menunjukkan tona kulit pengguna semakin sekata, kulit menjadi lebih berseri serta kurang garis halus dan kedut. Kesannya menjadi semakin ketara dengan waktu.
Keputusan adalah berdasarkan ujian klinikal bebas selama empat minggu bersama 29 wanita yang menggunakan TimeWise Vitamin C Activating Squares bersama asas neutral tiga kali seminggu.
Tidak boleh dicampur dengan tabir suria atau produk jerawat, TimeWise Vitamin C Activating Square boleh dibeli mulai 1 Mac 2019 pada harga RM 99.