Pada mulanya penulis hanya terbaca kisah-kisah penipuan besar di dunia namun penulis tidak sangka terjumpa satu kisah menarik tentang satu penipuan berskala besar oleh seorang wanita yang bergelar jutawan dan usahawan. Modus operandi yang dilakukan oleh wanita ini sangat licik tanpa anda sedar disebalik satu syarikat gergasi yang konon misi untuk mengubah teknologi kesihatan hanya lakonan semata-mata.
Elizabeth Holmes yang baru sahaja berusia 36 tahun kini telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat atas pelbagai tuduhan penipuan dan pemalsuan dokumen. Dia merupakan pengarah bagi syarikat Theranos iaitu syarikat teknologi kesihatan yang mahu memperkenalkan uji kaji darah dengan hanya jumlah darah yang sedikit.
Theranos
Mula diasaskan pada 2003 iaitu ketika Elizabeth berusia 19 tahun yang berbekalkan pelbagai pencapaian akademi dalam kejuruteraan kimia, program perkomputeran namun dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar setelah berjaya menyiapkan paten penghantaran ubat secara tampalan. Dia kemudian menggunakan semua wang pendidikan bagi membangunkan syarikat yang diimpikan.
Namun pada 2015, para wartawan mula menghidu keanehan yang terdapat dalam teknologi dan pelaburan yang dibuat oleh Theranos. Siasatan demi siasatan dibuat akhirnya tahun lalu Elizabeth bersama CEO Ramesh Balwano ditahan oleh U.S Securities and Exchange Commission atas dakwaan menipu tentang teknologi uji kaji darah Theranos.
Zaman Masyhur
Jangan terkejut sepanjang dia bergelar jutawan dan usahawan termuda di dunia kerap kali dijemput menghiasi majalah-majalah perniagaan dan wanita termasuklah majalah TIME dan Forbes. Antara gelaran yang pernah disandang oleh Elizabeth Holmes ialah:
1) TIME – Individu Paling Berpengaruh Di Dunia (2015)
2) Forbes – Anugerah ‘Under Doers Award’ dan ‘Most Powerful Woman’ (2015)
3) Glamour – ‘Woman of the Year’
4) Fortune – ‘Bussinesperson of the Year’
dan banyak lagi! Malangnya setelah terbongkar kerja tipu pada 2016 Fortune meletakkan Elizabeth diantara senarai Pemimpin Yang Paling Mengecewakan Di Dunia!
Skandal…
Terlalu banyak skandal penipuan yang melibatkan jutaan dolar dan penipuan tentang teknologi kesihatan. Dia bukan sahaja menipu pesakit malah doktor yang konon menggunakan khidmat teknologi tersebut. Bayangkan Elizabeth bercakap besar tentang keuntungan Theranos sebanyak $100 juta padahal hanya mendapat $100,00 setahun!
Tidak ketinggalan juga ada yang menganggap Elizabeth mempunyai hubungan istimewa bersama CEO Theranos, Ramesh Balwani. Rupanya dia dan Ramesh mula rapat setelah Ramesh bercerai dengan bekas isteri kemudian pindah dalam apartment yang sama. Kononnya Ramesh adalah penasihat dalam membangunkan Theranos. Cinta berputik ketika Elizabeth berusia 19 tahun dan Ramesh, 37 tahun sebagai cinta diantara senior – junior.
Tipu Personaliti?
Kalau anda rajin buat carian Elizabeth di laman Youtube pasti muncul beberapa video yang mengaitkan Elizabeth mempunyai masalah personaliti. Ramai yang beranggap Elizabeth cuba meniru gaya mendiang Steve Jobs dari segi pakaian dan persembahan produk.
Begitu juga ada yang merakam Elizabeth bergelut mengubah suaranya yang lebih dalam supaya memberi idea dia seorang yang tenang dan bijak mengawal situasi. Padahal suara sebenar dia sama seperti wanita yang lain – nyaring dan pitching tinggi.
Dengar kata akan ada pengarah bakal membuat satu filem biografi khas mengenai Elizabeth Holmes dan bakal dibawa oleh Jennifer Lawrence. Mungkin dari filem kita semua lebih nampak jalan cerita, dakwaan, skandal dan masalah yang dihadapi oleh Elizabeth. Bila fikir semula tidak tercapai dek akal tentang penipuan yang dibuat oleh Elizabeth. Terlalu rumit dan tidak tahu apa motif sebenar dia disebalik semua ini.
Jangan kita ikut sudahlah…