Kecantikan bukan tidak sahaja mengenal paras rupa malah tidak kira ukuran umur. Kita biasanya terasa amat kagum dengan makcik-makcik yang kelihatan muda dan tidak kena dengan gaya mereka yang sudah separuh abad. Kalau diikutkan mahu sahaja ditanya tips kecantikan dan penjagaan makanan.
Sebenar tidak semestinya mengikut tips dengan ketat akan dijamin nampak awet muda berterusan. Penulis percaya ini semua juga pengaruh genetik yang terdapat dalam diri mereka. Jika memang dah cantik sejak lahir lepas itu pandai pula jaga diri memang untung sangatlah!
Mari kita lihat beberapa selebriti antarabangsa yang bila lihat dikaca televisyen nampak seperti baru umur 30 padahal…
#1 Jennifer Lopez (50 tahun)
Bukan sahaja masih lagi seksi, lincah menari tapi bakal melangsungkan perkahwinan buat kali keempat!
#2 Lucy Liu (51 tahun)
Ramai yang menganggap Lucy Liu sememangnya seorang ‘angel’ dari keayuan yang tidak pernah pudar dari wajahnya.
#3 Salma Hayek (53 tahun)
Wanita berdarah Mexico ini ternyata membuktikan kecantikan sorang Latina sememangnya tidak dimakan dek usia.
#4 Gwen Stefani (50 tahun)
Sejak dulu lagi setiap kali lihat penyanyi ‘Sweet Escape’ nampak muda sentiasa. Apa rahsia?!
#5 Viola Davis (54 tahun)
Kalau tonton filem lakonan Viola langsung tidak dapat meneka umur beliau yang sebenar. Beliau sangat menjiwai watak.
#6 Sandra Bullock (55 tahun)
Dari ‘Speed’, ‘Miss Congeniality’ dan terkini ‘Bird Box’ siapa sangka Sandra dah umur 55 tahun. Tiba-tiba rasa sekejap sahaja masa berlalu.
Walaupun umur dah menginjak separuh abad kerjaya mereka semakin hebat dan dihargai oleh penggiat seni antarabangsa!