“Bila polis bertukar identiti menjadi pemilik restoran ayam termahsyur…”
Mendapat komen dan reaksi yang rata-ratanya memberi rating 4 bintang ke atas! Terujanya bila filem komedi Korea BOX OFFICE tentang perniagaan restoran ayam ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 28 Mac akan datang.
Seperti gambaran dari tajuk di atas, filem ini bukanlah berkisarkan tentang ayam semata namun ia mengetengahkan tentang rentetan misi yang perlu dilalui sebuah kumpulan detektif yang mahu membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakatnya.
Tonton Trailer Filem “Extreme Job”
Berkisarkan skuad narkotik yang terdiri daripada lima orang ahli detektif profesional termasuk Ketua Detektif Go, Detektif Ma, Detektif Jang, Detektif Young Ho dan Detektif Jae Hoon. Setiap seorang daripada mereka bakal bergabung tenaga untuk menumpaskan sindiket dadah terbesar dan bagi melunaskan misi tersebut, sudah pasti skuad mereka perlu melakukan satu penyamaran.
Untuk itu, mereka berpura-pura menjadi pemilik sebuah restoran ayam namun tanpa disangka, restoran mereka akhirnya menjadi popular kerana menu Ayam Goreng Galbi serta hidangan lain yang enak sekaligus berjaya menambat hati pelanggan!
Hari berganti hari, misi mereka semakin rumit dan kehandalan mereka menghasilkan masakan berasaskan ayam menjadi sebati dengan jiwa masing-masing. Apakah kekeliruan itu terus menjadi iguan ngeri bagi skuad detektif yang dipimpin Detektif Go?
Tayangan Perdana “Extreme Job”
Tarikh: 25 Mac 2019 (Isnin)
Masa: 9.15 malam
Lokasi: TGV Cinemas, 1 Utama
Dibarisi bintang hebat seperti Ryoo Seung-Ryong, Lee Ha-Nee, Jin Seon-Kyu, Lee Dong-Hwi dan Gong Myung. Ikuti cabaran mereka dengan memenangi sepasang pas tayang eksklusif filem “Extreme Job” pada 25 Mac depan dengan menjawab satu soalan mudah:-
Soalan:
Berapa orang detektif yang terlibat dalam operasi menumpaskan sindiket dadah dalam filem “Extreme Job” ini?
Syarat pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
2. PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi mengelak kecelaruan pada hari tayangan.
3. Jawapan boleh dihantar ke alamat email [email protected] dengan tajuk “Extreme Job”.
4. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Nombor Telefon Pintar dan Alamat Rumah.
5. Peraduan ini hanya sah dari 19 hingga 24 Mac 2019.
6. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
7. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “Extreme Job” pada (Isnin) 25 Mac 2019 dari jam 8.00pm hingga 8.45pm di TGV Cinema, 1 Utama.
Nama pemenang akan diumum menerusi alamat email masing-masing selewat-lewatnya pada (Ahad), 24 Mac 2019.
Tiket yang dimenenangi hanya sah pada 25 Mac 2019 dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang mahupun ditebus di cawangan TGV Cinema lain, pada tarikh lain. Harap maklum.
Goodluck! ❤️