Kempennya mengambil tempat di Sedona, Arizona, yang berlatarkan kehidupan Safari, H&M Studio tampil dengan rekaan penuh ranggi bersempena sambutan musim bunga/panas 2019.
Mengetangahkan cetakan binatang seperti corak kulit Kuda Belang (Zebra), jiwa si pemakai pasti girang dengan helaian gah termasuklah skirt labuh, dress, kot, blaue beropol, baju panas bercorak penuh, jaket dan banyak lagi! Setiap satunya turut disisip dengan aura 70-an yang memberi aura retro buat yang mencari kelainan.
Tonton Video Pengenalan Koleksi Musim Bunga/Panas H&M Studio 2019
Palet rona yang diketengahkan pula begitu artisik apabila H&M Studio bijak menggabungkan rona-ronq tanah seperti perang dan monokrom manakala, ada juga helaian yang diperkenalkan menerusi koleksi ini disertai celoreng warna-warni berlandaskan limpahan merah jambu, ungu, biru dll agar kelihatan bertepatan dengan tema musim bunga yang ceria.
Tidak kurang, pelengkap gaya seperti selipar, bikini, skarf, anting-anting bentuk gading gajah serta but kitten heels juga turut ditawarkan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [hm.com/HMStudio]. Setiap satu helaian dan aksesori dari koleksi H&M Studio S/S 2019 boleh dibeli hanya di cawangan H&M Lot10 bermula Khamis ini.