Seperti yang kita semua tahu, pasir atau tanah lazimnya mengandungi sumber mineral yang tinggi. Pernahkah kamu terdengar tentang tabiat memakan pasir dan tanah liat dalam kalangan masyarakat dunia tertutamnya bagi mereka yang mendiami kawasan miskin dunia seperti di beberapa wilayah sekitar Afrika?
Biarpun dianggap jijik dan abnormal, tabiat itu sebenarnya memang wujud dan ia dikenali sebagai “Geophagy” menurut pakar.
Tonton Penjelasan Tentang Tabiat memakan Pasir/Tanah Liat “Geophagy”
Untuk pengetahuan kamu, terdapat juga haiwan seperti burung dan mamalia lain yang memanfaatkan tanah liat serta pasir ke dalam diet harian mereka namun sehingga kini, tiada sebarang penjelasan saintifik dikeluarkan ekoran tabiat pelik tersebut.
Seperti penulisan yang dikongsikan carlosexpeditions.com, haiwan atau manusia yang melakukan tabiat ini biasanya disokong oleh faktor kekurangan nutrisi dalam diet harian mereka. Ini termasuklah kekurangan mineral seperti garam dan magnesium yang menurut saintifiknya memang sangat dibutuhkan sistem saraf manusia bagi menggalak kelancaran otot serta jantung.
Hakikatnya, Geophagy bukanlah perkara pelik tetapi ia sememangnya amalan kuno yang sudah diamalkan nenek moyang kita bagi mengekal kecantikan fizikal dan membersih sistem tubuh untuk meningkatkan kesihatan.
Tahukah kamu bahawa masyarakat purba zaman Yunani umunya akan memakan tanah liat bagi menyerap segala toksin di dalam tubuh. Ini kerana, rata-rata makanan yang mereka makan mungkin telah mengandungi racun serta elemn berbahaya yang tidak diketahui. Hmm, logik juga kan?
Bintang Shanley Woodley Amal Geophagy Untuk Cantik
Dalam sebuah temu bual bersama blog gaya hidup intothegloss.com, heroin filem Divergent, Shailene Woodley, pernah mendedahkan bahawa dia turut mengamalkan makan tanah liat dan tips ‘sihat’ itu diperolehinya daripada seorang pemandu teksi yang berbangsa Afrika.
Kata Shailene lagi, dia dan rakannya mendapatkan sumber tanah liat jenis “Bentonite” daripada laman sesawang mountainroseherbs.com. Ternyata ianya mampu mengeluarkan segala toksin dan racun di dalam tubuh secara konsisten dan efektif. Hasilnya tubuh sihat dan kulit terlihat lebih bersih!
Apa-apa pun, kalau kamu teringin untuk memanfaatkan rutin Geophagy, dinasihatkan supaya kamu pergi mendapatkan pennerangan dari pakar kesihatan mahupun doktor terlebih dahulu. Ini kerana, pengambilan tanah dari kawasan yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan keracunan yang dikaitkan dengan kehadiran kadungan kulat, najis dan sebagainya.
No wonder kulit orang hitam dari sekitar Afrika semuanya bersih dan cantik-cantik meskipun cuaca di bumi mereka jauh lebih panas dan memeritkan tanpa hujan dan kelembapan. Kalau orang kita, berpeluh dan berpanas sikit, pasti akan tumbuh jerawat. Ada yang nak cuba diet pasir dan tanah liat ni?
Selamat beramal! ❤️