Peminat Islam jangan cepat melatah ye..
Penyanyi Avril Lavigne cantik berpenampilan jubah dan selendang kerana sekarang beliau berada di Dubai. Dan bagi menghormati agama dan budaya di sana, pelantun suara “What The Hell” ini memilih untuk memakai persalinan sopan.
https://www.instagram.com/p/BvPNPpNHcaA/
Dilaporkan bintang pop ini mengeluarkan album studio “Head Above Water”, dan gambar albumnya diambil di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Jadi untuk itu, beliau dan pasukannya telah dijemput membuat persembahan di Special Olympics World Games Abu Dhabi 2019, yang berlangsung antara 14 hingga 21 Mac.
It was such an honor performing the new @SpecialOlympics anthem with @LuisFonsi and many other incredible musicians at the Special Olympics @WorldGamesAD Opening Ceremonies! Good luck everyone đź’™ #MeetTheDetermined pic.twitter.com/fm1xZrPijG
— Avril Lavigne (@AvrilLavigne) March 14, 2019
Berkongsi gambar di Instagram, ternyata peminat memuji sikapnya yang peka menghormati agama serta tidak kurang memuji kecantikan semulajadi. Memang jelas ayu dan manis sekali serba hitam dan tanpa secalit mekap.
https://www.instagram.com/p/BvLdjlGHAoJ/
Beliau memenangi hati peminat dengan transformasi paling sopan.
https://www.instagram.com/p/BvLdqcMnC4A/
Cantik betul kan….