Hurmmm…
Ya, anda menggemari, mengidolakan mereka tapi kalau mereka terlibat dalam perbuatan jenayah, masih mahu menyokong mereka? Sedih sebab taksub sangat!
Dilaporkan kira-kira 200 peminat Indonesia berkumpul di Sudirman Central Business District, Jakarta untuk menunjukkan sokongan kepada Seungri yang kini dalam siasatan skandal pelacuran dan dadah.
This is amazing
Indonesian VIPs gathered where it's supposed to be Seungri's concert today pic.twitter.com/DypKNmE0Xj— Seunghyun's Waffle (@Mzmariam07) March 17, 2019
Vip (nama fandom) yang hadir tanpa segan silu menyanyikan lagu Big Bang bersama-sama dengan banner, bunga, poster dan lightstick, semuanya demi Oppa kesayangan mereka.
Pada asalnya, Seungri dijadualkan mengadakan konsert solo di Indonesia pada tarikh itu, Walaubagaimanapun, konsert telah dibatalkan kerana perbicaraan skandal hitam yang berterusan.
Seorang peminat menyatakan, “Saya tidak percaya Seungri melakukan perkara-perkara terkutuk seperti itu. Kita perlu berhati-hati terhadap laporan berita yang diperbesarkan.”
“Sokongan kami untuknya tidak bermakna kami menyokong pelacuran. Kami hanya mahu isu ini diselesaikan dengan baik dan cepat.”
https://twitter.com/tabisqueen/status/1107294274364817409?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1107294274364817409&ref_url=https%3A%2F%2Fcoconuts.co%2Fjakarta%2Flifestyle%2Findonesian-fans-show-support-fallen-k-pop-star-seungri-amid-prostitution-drug-scandal%2F
Ternyata sejak gambar viral di media sosial, rata-rata netizen menghentam tindakan peminat Indonesia malah merasakan mereka ini “brainless”, gila dan merepek.
Aduhai kenapa sampai macam ini sekali jadinya? Otak letak dekat mana adik… Sebab mereka, orang Indonesia lain turut terkena tempias.