Sedarkah anda kita semua banyak menghabiskan usia hidup di pejabat berbanding di rumah?!
Jadi segala drama kehidupan kebanyakan bermula di pejabat dan boleh menganggu bukan sahaja dari segi emosi dan mental tapi juga ekonomi kewangan. Iyalah bayangkan kalau anda mempunyai hubungan tegang dengan rakan pejabat sudah tentu prestasi kerja turut tergugat.
Namun sampai bila hendak bertegang urat dan bermasam muka dengan rakan sekerja. Kita semua sudah menjadi orang dewasa sepatutnya bijak dalam mengatasi permasalahan. Jika berlaku salah salah faham antara kamu cepat-cepatlah pulihkan keadaan.
Ajak berbincang
Senang tapi tak ramai mampu lakukan untuk bertentang dua mata dan berbincang permasalahan yang dihadapi. Ramai yang lebih suka berdiam diri dan menyampai cerita yang bukan-bukan. Manfaat dari perbincangan adalah kamu dan rakan akan tahu batas tentang perkara yang tidak disukai.
Terima teguran
Memang pahit untuk ditelan bila dengar kritikan orang lain tentang diri kita. Namun itulah cara untuk kita bukan sahaja memperbaiki hubungan antara rakan sekerja begitu juga dengan sikap sendiri.
Jauhi gosip
Ini adalah punca utama berlaku salah faham lebih lagi melibatkan pekerja wanita. Wanista nasihatkan jauhkan diri dari sebarang gosip di pejabat. Usah ambil tahu dan dengar sebaiknya terus sahaja fokus dalam menyiapkan tugasan tanpa mempunyai tanggapan negatif terhadap orang lain.
Tak elok masam muka masa sedang cari rezeki bersama dan tiadalah salah pun berbuat baik sesama kita.
Selamat beramal!