Skandal kamera tersembunyi melibatkan beberapa selebriti lelaki Korea menggesa pihak berkuasa Korea Selatan untuk terus membasmi kegiatan menjijikkan itu.
Disahkan sekurang-kurangnya 1,600 pelancong negara berkenaan menjadi mangsa spy-cam, di mana aksi mereka bersama pasangan di dalam bilik motel disiarkan melalui penstriman langsung sepanjang tahun lepas.
Spycam yang digunakan bersaiz kecil dan disembunyikan di dalam televisyen, soket atau mana-mana tempat sesuai bagi mendapatkan sudut pandang terbaik. Setakat ini, polis mengesahkan 42 motel di 10 bandar di negara berkenaan dikesan mempunyai kamera tersembunyi.
Video aksi tetamu motel disiarkan secara langsung di beberapa laman web yang mempunyai 4,000 ahli berdaftar. Menurut laporan CNN, setiap ahli dikenakan bayaran langganan sekitar AS$50 sebulan yang memberikan mereka akses untuk menonton secara langsung atau siaran ulangan pada bila-bila masa.
Dilaporkan, jenayah spycam di Korea Selatan meningkat daripada 1,100 kes pada 2010 kepada lebih 6,500 kes pada 2017. Jenayah spycam ini turut mencetuskan kebimbangan warga Korea Selatan dan memaksa mereka membeli pengesan kamera tersembunyi.
Tonton video dokumentasi bagaimana cara penjenayah memasang spycam di barang terpilih yang langsung tidak kita sedari.
Siapa yang selalu ke sana, hati-hati bila memilih tempat penginapan…