Setiap orang membeli kasut atas alasan yang berbeza. Setengah kerana reka bentuk, ada pula untuk fungsinya, tidak kurang memilih atas alasan menyukai jenama tersebut, serta tidak kurang kerana trend terkini. Anda pula yang bagaimana? Sebab artis kegemaran? Tidak kisahlah, tapi penulis nak bercerita tentang satu sneakers yang berjaya mencuri perhatian.
Pertama kali melihat kasut jalanan Nike Air Max Dia, penulis merasakan ia sekadar sneakers biasa yang ada dipasaran. Air Max Dia bukan kasut wanita biasa. Kebanyakan kasut direka untuk menyesuaikan gaya dan ekspresi atas pasar populariti, tetapi Air Max Dia mempunyai kenyataan yang membuatkan ia sneakers tersendiri.
Berpeluang miliki sepasang koleksi Nike Air Max Dia, penulis berikan sebab ia menjadi kasut jalanan pilihan harian.
#1 Girl Power
Empat titik pada tumit kasut di bahagian belakang mewakili empat wanita yang membawa Dia ke pasaran. Empat orang wanita pencinta kasut merupakan tulang belakang dalam menghasilkan Nike Air Max Dia.
Terdiri daripada seorang pereka, jurutera, pemaju dan pengurus produk, ternyata mereka bekerjasama dalam mereka cipta sneakers yang penuh ekspresif serta sesuai dengan jiwa seorang wanita.
#2 Rekaan Moden
Nike Air Max Dia mengekalkan sifat femininnya. Daripada swoosh (logo Nike) besar klasik, kasut ini mempunyai dua mini swoosh di hujung kasut dan satu di pangkal kolar. Menariknya, Nike Air Max Dia tampil rekaan transparent dari plastik di bahagian atas, memberi sifat kalis air dan ketahanan yang tinggi.
Dia ditawarkan dalam set warna seperti putih, merah jambu lembut dan neon lembut, mengikuti trend warna hangat terkini.
#3 Keselesaan Terjamin
Orang kata kalau setakat rekaan cantik sahaja tidak mencukupi perlu selesanya kerana itu faktor utama kita membeli. Nike Air Max Dia tidak terkecuali memberikan yang terbaik pada setiap wanita dengan penggunaan lapik dalam kasut dengan kualiti serta memberi keselesaan sepenuhnya pada di pemakai.
Walaupun seharian menggunanya, anda langsung tidak akan rasa penat bahkan sokongan dalam setiap pergerakan. Penulis cukup kagum dengan teknologi yang diberikan.
#4 Si Petite Nampak Tinggi
Wanita yang dianugerahkan dengan ketinggian mungkin sering dianggap bertuah kerana diberi kelebihan tersebut. Ramai yang beranggapan mereka ini lebih senang berfesyen kerana kononnya apa sahaja gaya akan nampak kena pada mereka dan kerana itu ketinggian juga menjadi faktor dalam pemilihan model catwalk. Tapi bagaimana pula dengan si petite yang hanya berketinggian 5 kaki? Nike Air Max Dia tampil rekaan lebih sensasi apabila tapak kasut adalah lebih tinggi dan tebal membuatkan ia kelihatan stailo untuk digayakan sebagai aksesori kasual, sekaligus menyembunyikan ‘kecacatan’ mereka yang rendah.
Nike Air Max Dia sudah berada di semua gedung Nike seluruh dunia sejak 25 Januari 2019 yang lalu dengan hanrga runcit RM455. Berminat, boleh lihat seleksi di laman web rasmi [ www.nike.com].