Sejak ditayang beberapa minggu lalu, filem Captain Marvel mendapat kritikan hebat dan siapa sangka, watak adiwira Marvel terhebat adalah merupakan seorang wanita yang langsung tak gentar dalam menempuh musuh dunia.
Bagi menyambut kesinambungan megah itu, Sephora selaku jenama kosmetik dan pengedar produk kecantikan gergasi di dunia tampil berkolaborasi dengan dengan pihak Marvel untuk melancarkan koleksi mekap dan perkakas solekan unik, istimewa buat wanita yang berjiwa sensasi.
Disertai 9 item kecantikan terdiri daripada set berus solekan, gincu dan plembap bibir, palet pembayang mata, palet highlighter dan pemerah pipi, setiap satunya disertai pembungkusan metalik hologram untuk menerbitkan tema futuristik.
Manakala, rona palet solekan dan gincu yang ditawarkan pula adalah berasaskan warna-warni menggoda yang diinspirasikan daripada elemen kekuatan Marvel seperti merah, oren dan merah hati.
Kesemua, koleksi Sephora Collection x Marvel ini boleh mula didapatkan di cawangan-cawangan Sephora sekitar Malaysia bermula 11 April 2019 – juga boleh dibeli secara atas talian [DI SINI].
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/sephoramalaysia].