Tahukah kamu pakaian dalam yang paling selesa dan sesuai dipakai harian adalah sejenis bra dan seluar dalam yang memiliki kemasan paling ringkas seperti ditampilkan dalam koleksi Everyday Essential oleh Triumph ini?
Masih kelihatan anggun dan memiliki potongan feminin biarpun diperbuat daripada material polos tampa sebarang perincian renda mahupun corak cetakan yang pelbagai, koleksi terkini untuk musim bunga inovasi Triumph ini mengetengahkan elemen keselesaan buat wanita di mana, setiap satunya dilengkapi material ringan bak kapas manakala, permukaan fabrik bra dan seluar dalamnya juga adalah licin tanpa sebarang kelim.
Apa yang penting, pemakaian bra jenis t-shirt bra sebegini mampu membuatkan penampilan bahagian dada kamu terlihat kemas tanpa sebarang garisan coli biarpun memakai baju yang ketat atau berkain nipis.
Keadaan ini berbeza dengan pemakaian bra jenis renda yang selalunya menampakkan bekas-bekas renda serta garisan bra pada permukaan pakaian.
Justeru pilih dan pakailah bra yang ringkas sebegini dan pastikan pakaian dalam tidak mempunyai sebarang kelim untuk menyerlahkan kekemasan cara pemakaian kamu, lebih-lebih lagi apabila hendak ke pejabat memenuhi tentaif harian. Materialnya juga mudah bernafas dan pasti kamu selesa sepanjang hari!
Kesemua coli yang ditawarkan dalam koleksi ini boleh didapatkan pada harga RM209 sehelai manakala, seluar dalamnya pula adalah dari RM79.90 hingga RM89.90 sehelai. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/triumphMY].