Berkesempatan mengikuti video BTS Suga dan J-Hope di aplikasi Vlive, wajah terkini Suga menarik perhatian penulis. Kenapa?
Apa tidaknya warna kulit Suga yang agak putih melepak, pucat lesu mencuri tumpuan penulis. Bayangkan hanya mengenakan t-shirt polos krim lengan pendek, berambut blonde, Suga sudah persis ‘hantu’ kerana terlalu putih, langsung tidak nampak melaninnya. Bukan penulis sahaja, rata-rata Army (fandom BTS) berpendapat Suga kelihatan pucat tidak bermaya, bahkan kekurangan vitamin D (cahaya matahari merupakan sumber vitamin D paling banyak).
Kita sedia maklum, fenomena kulit pucat bukanlah perkara biasa dikalangan idol kerana rata-rata mereka idamkan kulit sedemikian supaya kelihatan menarik di kaca skrin. Malah, peminat sendiri memuja warna kulit porselin sebegini kerana pada mereka ia cantik dan sempurna. Yeke?
Lagi satu BTS Suga memang terkenal dengan warna kulit putih melepak bak susu. Menariknya, jika berada dalam cuaca panas, Suga pasti akan mengenakan pakaian yang menutupi sebahagian anggota badan, langsung tidak mendedahkan kulit. Kiranya dia ‘kureng’ berkenan dengan cahaya matahari.
Hurmmm pelik betul taste orang Korea, suka yang putih macam hantu…