Jika anda merupakan Kpopers, pasti mengetahui perihal penyanyi bernama Holland?
Namanya mula panas sejak awal tahun lepas dan sehingga sekarang. Apa sahaja perkembangan baru, pasti mendapat tumpuan peminat muzik Korea.
Tapi siapa dia dan apa yang menarik tentangnya sehingga ramai orang bercakap? Kenali Holland di sini…
Pengenalan Diri
Nama Korea ialah Go Tae-seob tetapi dikenali sebagai Holland secara profesional. Lahir pada 4 Mac 1996 di Korea Selatan. Merupakan penyanyi independent, Holland secara rasmi bernaung di bawah agensi kecil bersama selebriti LGBTQ seperti Hong Suk-chun dan Harisu.
https://www.instagram.com/p/Bq4rRsPBodc/
Debut
Holland debut pada Januari 2018 dengan lagu berjudul “Neverland” yang berentak R&B. Menariknya, muzik video yang mengetengahkan isu perhubungan sejenis dalam menjalani kehidupan seharian berjaya mengumpul lebih daripada 1 juta tontonan masa 20 jam pertama. Muzik video Neverland mendapat rating 19++ di Korea Selatan berikutan adegan bermesraan antara Holland dan pelakon lelaki.
Bangga Sebagai Gay
Kenapa dia popular dan mendapat sokongan peminat Korea? Holland dikenali sebagai idola pertama yang mengakui dirinya gay secara terbuka. Holland menerangkan bahaya pengaruhnya dalam muzik disebabkan oleh dia sering dibuli ketika bersekolah.
“When I decided to come out in [my] middle school days, I told one of my closest friends about being gay. The next day everyone in school was gossiping about it”
Keluarga Holland terdiri daripada dia, ibu, dan bapa. Dia merupakan nak tunggal. Ibu bapa mengetahui status seksual melalui laporan berita. Holland telah menulis surat kepada keluarganya selepas mereka mengetahui dan menjelaskan semuanya kepada mereka. Siapa sangka keluarga menerima Holland seadanya, tanpa menyedari pahit yang dialami hanya kerana menyukai kaum sejenis.
Dikritik Hebat
Sebagai idol gay pertama di Korea Selatan, Holland tidak dapat lari daripada kritikan, cemuhan, kejian, sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan. Katanya komen negatif dijadikan cabaran yang mematangkan dirinya. Holland bernasib baik kerana dia mempunyai minda yang kuat dan sokongan yang baik dari ahli keluarga dan rakan. Walaupun dia membaca semua komen, dia tidak peduli mengambil pusing akan mesej berbaur jahat.
Comeback
Muncul dengan lagu baru, Holland mempertaruhkan “Nar-C” yang bercerita tentang dua pasangan kekasih dengan personaliti berbeza tinggal bersama sehingga hubungan menjadi toksik dan memutuskan untuk berpisah.
Pada penulis, jangan kerana seksual seseorang kita pandang serong dan jelik akan individu tersebut. Ingat, siapa kita nak menilai dan menghukumnya. Jadi lebih baik kita enjoy the music!