Kita biasa makan donut yang bentuknya bulat dan berlubang ditengah. Keenakan donut dapat dirasa dari kelembutan doh. Ia antara pencuci mulut paling popular di serata dunia. Pergilah kemana sahaja pasti akan ada kedai yang menjual donut. Kini donut mempunyai pelbagai variasi dan rasa, jika dahulu hanya doh dan disalut gula tabur.
Sebenarnya donut pun ada mengikut kategori bagi setiap negara. Lain negara, lain rupa donut yang mereka sediakan. Wanista kumpulkan donut-donut mengikut negara serata dunia.
#1 Bomboloni – Itali
Orang itali menambah lagi selera dengan mengisikan krim pastri didalam donut mereka. Menjadikan bomboloni donut yang mempunyai pelbagai rasa inti pilihan.
#2 An-doughnut – Jepun
Donut asal Jepun berintikan kacang merah dan disalut dengan gula tabur.
#3 Churros – Mexico
Churros bukan Churros tapi ialah donut yang berbentuk panjang rupanya dan boleh dicicah dengan sirap coklat.
#4 Donat kentang – Indonesia
Daripada menggunakan tepung, orang Indonesia memilih kentang untuk menyediakan donut.
#5 Sopaipilla – Sepanyol
Bentuknya sangat berbeza dari donut tradisional yang kita kenal. Namun resepi doh tetap sama dan ia dimakan bersama madu.
Bila travel nanti cuba cari kedai donut manalah tahu jumpa donut-donut unik diatas.