Jika anda merupakan penonton setia siri Netflix “The Crown” pasti tidak sabar mahu mengetahui gadis bertuah atau aktres mana yang akan menjadi Puteri Diana.
Netflix mengumumkan pendatang baru Emma Corrin akan memainkan watak Lady Diana Spencer, yang akan menjadi Puteri Diana selepas perkahwinannya dengan Putera Charles dalam The Crown musim keempat.
“Emma adalah bakat baru yang menarik minat kami selepas dia melakukan ujibakat watak Diana Spencer. Selain mempunyai kecantikan semulajadi dan personaliti terpuji, dia miliki ciri-ciri wanita yang disegani dan aura yang kami inginkan dalam Diana, ” jelas pencipta The Crown, Peter Morgan.
Corrin yang menerima maklum balas tersebut dengan perasaan teruja menjelaskan, “Saya terpaku sejak menonton siri The Crown dan untuk berfikir menjadi sebahagian keluarga The Crown, ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Puteri Diana adalah ikon, dan kesannya terhadap dunia tetap mendalam dan memberi inspirasi. Diberi peluang menerokai Diana melalui tulisan Peter Morgan adalah peluang paling luar biasa, dan saya akan berusaha sebaik mungkin.”
https://www.instagram.com/p/BvzNw5tFH7U/
Emma Corrin akan menyertai aktres Olivia Colman yang menggantikan Claire Foy sebagai Ratu Elizabeth dalam siri ketiga, yang akan ditayangkan akhir tahun ini, dan Helena Bonham Carter sebagai Puteri Margaret.
Musim keempat akan mula pengembaraan tapi musim ketiga masih belum diumumkan tarikh tayangan di Netflix.