Perempuan adalah individu yang unik dan sering menjadi perhatian ramai. Dia ialah penyeri dan pelengkap kehidupan, senang kata kalau tidak orang perempuan memang suramlah suasana.
Namun ada pihak juga yang suka merendah-rendahkan martabat seorang wanita tanpa menyedari wanita ialah tunjang utama dalam sebuah keluarga dan rumah tangga.
Mampu tahan sakit
Kesakitan melahirkan anak adalah tahap yang paling tinggi. Wanita menariknya mempunyai daya menahan sakit amat baik sekali. Dari sakit gigi, demam atau apa sahaja wanita mampu mengatasi rasa sakit dan mempunyai cara tersendiri menenangkan diri apabila jatuh sakit. Sebab itu kalau sakit pun perempuan boleh buat kerja rumah.
Bersifat kompleks
Minda wanita sangat kompleks dan mempunyai deria rasa yang sangat kuat sehingga mampu membezakan banyak perkara. Sebagai contoh tona-tona warna yang lelaki hanya nampak satu tapi wanita boleh nampak lebih dari sepuluh. Dengan kelebihan ini wanita lebih bijak bermain warna dan mahir dalam mereka hias dalaman.
Kemahiran komunikasi yang baik
Lelaki pun pandai berkomunikasi tapi wanita lebih lagi dengan mengetahui disebalik ekspresi wajah dan emosi. Jadi mereka lebih mudah memahami orang lain dan produktif ditempat kerja atau dalam perhubungan. Bijak berkata-kata dan menggunakan alat komunikasi lain seperti email, pesanan ringkas dan bermacam lagi.
Ladies first
Dalam apa jua situasi samada dalam majlis atau kecemasan keutamaan pasti diberikan kepada kaum wanita.
Patutlah zaman sekarang nampak ramai benar lelaki hendak jadi perempuan. Oppss!