Blackpink mencatatkan sejarah sebagai kumpulan K-Pop yang julung kali muncul di festival muzik dan seni Coachella.
Debut pertama kali di Coachella, fesyen anak gadis yang terdiri daripada Jisoo, Rose, Jennie dan Lisa langsung tak kalah malah setanding supermodel Gigi Hadid, Kendall Jenner bahkan ratu Coachella Vanessa Hudgens.
Lisa seksi menyarung kombo top dan skirt sepadan yang dihiasi dengan manik-manik berkilauan. Gaya rambutnya sedikit berbeza didandan ponytail, memberi imej edgy dan segar. Rose pula mengenakan lace bralette mini dress rona hitam dan melengkapkannya dengan tali pinggang hitam yang besar. Begitu juga dengan Jisoo Blackpink, yang memakai top crop dan miniskirt hitam dihiasi dengan manik emas. Jennie pula memakai bodycon yang ditutupi dengan fabrik brocade putih.
Mendendangkan kesemua lagu termasuklah dari album baru “Kill This Love”, ternyata Blackpink langsung tidak mengecewakan, malah kesemua penonton terhibur dengan tenaga yang dipersembahkan.
Selepas muncul di Coachella, Blackpink akan memulakan tour mereka di Amerika Syarikat.