Fangirl memang boleh related dengan drama yang satu ini.
Penulis sendiri tengah ‘gilakan’ drama Korea “Her Private Life”. Berkesempatan menonton sehingga ke episod kedua, ternyata drama ini cukup menghiburkan malah membuatkan kita yang menonton terasa gembira dan asyik tersengih bak kerang busuk.
Dibarisi pelakon hebat Korea seperti Kim Jae Wook dan Park Min Young, “Her Private Life” merupakan adaptasi webtoon “Noona Fan Dot Com”, Sun Deok-mi yang mempunyai dua kehidupan – di siang hari merupakan seorang kurator seni yang kuat bekerja dan malam pula adalah seorang gadis yang meminati idol. Ryan Gold, pengarah barunya mengetahui rahsia Deok-mi dan mula mengenalinya.
https://www.youtube.com/watch?v=Ya4jtUE_yf0
Kenapa anda kena tonton? Wanista jelaskan sebabnya… Confirm korang juga akan terus melekat sama!
Kim Jae Wook Yang Karisma
Dengan rupa paras yang sempurna – hidung mancung terletak, rahang runcing yang tajam, tinggi lampai bak model, bahkan susuk tubuh kurus. Ditambah lagi dengan watak sebagai Ryan Gold yang cukup cool dan charismatic, bila dia berjalan, memek muka, melontarkan suara, lirikan mata, segala-galanya kelihatan sempurna.
Ryan Gold adalah watak kebanyakan drama Korea dan tidak ada barunya – lelaki kaya dengan ego yang cukup tinggi tapi tewas bila jatuh cinta. Seorang lelaki yang sangat misteri, perahsia, sukar didekati tetapi segalany berubah selepas menemui Sun Deok-mi.
Watak Park Min Young Sangat Mencuit Hati
Park Min Young memang akan slay setiap kali muncul drama baru. Hampir kesemua drama lakonannya akan mencipta hit bukan sahaja di Korea malah serata dunia. Kali ini, tampil dengan watak Sun Deok-mi, sangat inspirasi terutamanya kerana ramai orang di luar sana boleh related.
Sun Deok-mi adalah kurator seni pada siang hari dan malamnya dihabiskan dengan mengidola Cha Si An, seorang ahli kumpulan White Ocean. Bukan peminat yang biasa-biasa, Sun Deok-mi boleh dianggap ekstrem dan profesional. Dia kendalikan fansite, berhabisan untuk idol kesayangan, pergi ke konsert, fangirling bersama teman baik, memang mencuit hati menonton Park Min Young dalam watak sebegini.
Idol Si An Serba Sempurna
Rapper One muncul sebagai idol Cha Si An dengan pakej sempurna. Rupa paras “pretty boy” menjadi taruhan dan sangat sesuai dengan dirinya. Itulah sebabnya Sun Deok-mi sampai obses sehingga rumah penuh dengan muka Cha Si An.
Fesyen Warna-Warni
Drama Korea dan fesyen saling melengkapi. Baru episod kedua tapi kita telah dipersembahkan dengan fesyen Sun Deok-mi yang warna-warni. Sebagai kurator, Sun Deok-mi acapkali dalam persalinan suit dari rona yang ceria dan neon seperti emerald green, hot pink, dark blue dan sebagainya. Tumit tinggi dari jenama terkemuka Christian Louboutin menjadi pilihan.
Penulis tidak sabar mahu melihat apa lagi fesyen yang dibawakan Deok-mi.
Keserasian Kim Jae Wook & Park Min Young
Tak menarik rasanya kalau menonton drama dan filem yang hero/heroin nampak kosong, tidak ada keserasian. Tapi Park Min Young membuktikan dia boleh dipadankan dengan mana-mana aktor dengan masih mampu membuatkan kita dibuai. Pada awal pemilihan pelakon, ramai mempersoalkan kredibiliti dan keserasian antara Kim Jae Wook & Park Min Young.
Tapi ternyata drama ini tidak mengecewakan, terutamanya dari segi keserasian. Babak di mana Ryan Gold terlantar di hospital, meraih tangan Deok-mi, memang berbunga habis.
Jangan lupa tengok tau. Serius best…