Jika anda inginkan alat kelengkapan solekan, pergi sahaja ke Daiso. Semua ada di sana dan harga juga murah.
Baru-baru ini, portal kecantikan Dailyvanity Singapore, berkongsi satu alatan paling genius untuk membersihkan berus mekap. Penulis yakin ada kalangan pembaca yang begitu malas untuk membersihkan berus dan tidak mengendahkan soal kebersihan. Jadi, dengan alatan murah yang ada di Daiso mungkin boleh meringankan beban.
Alatan yang dimaksudkan memang kita perlu dan harganya sangat berpatutan. Alatan yang menjadi gelombang di Korea merupakan mesin basuh mini yang dibuat untuk membersihkan berus mekap dan pelbagai lagi. Yang best, ia bukan mesin basuh mewah tetapi hanya dijual di Daiso dengan harga 3,000KRW sahaja.
https://www.instagram.com/p/BvCN8BaAuAH/?utm_source=ig_embed
Ia mungkin kelihatan seperti mainan kanak-kanak tetapi mesin basun mini ini sebenarnya berfungsi dengan baik. Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan bateri, tuang sabun – guna silicon-free shampoo atau gentle face wash, letak berus mekap, tekan butang dan biarkan ia berputar sama seperti mesin basuh biasa. Memandangkan ia berukuran mini, jadi mesin tidak sebesar mana dan hanya memuatkan dua berus pada satu masa.
https://www.instagram.com/p/ButTP1JA4n4/?utm_source=ig_embed
Rata-rata yang pernah menggunakan mesin basuh mini ini kagum dengan setiap perincian yang diberi, siap ada paip untuk melepaskan air kotor. Ambil perhatian bahawa paip kecil, jadi mungkin mengambil sedikit masa untuk melepaskan semua air, jadi anda boleh mencurahkannya keluar dari mesin jika anda lebih suka melakukannya dengan cepat.
Seronok pula penulis tengok. Nak pergi cari di Daiso la….