Anda kenalinya menerusi siri filem Charlie’s Angels. Filem penyiasatan yang mengisarkan tiga wanita Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu dalam membasmikan sebuah sindiket jenayah.
Lama tidak mendengar khabar berita, tertanya juga apa perkembangan terkini tiga jelitawan ini? Menerusi portal gaya hidup, Cosmopolitan, penulis terkejut bila mendapat tahu aktres Lucy Liu kini sudah mencecah usia 50 tahun.
Setelah menyedari bahawa dia sudah 50 tahun, penulis seperti terpanggil untuk mengetahui rahsia dia kekal cantik abadi malah sihat sehingga ke hari ini.
Pilates
Satu temu bual dengan Fitness Magazine, Lucy menjelaskan bahawa dia kini menjadi “lebih kuat, lebih cergas, lebih yakin, lebih bijak daripada ketika dia berusia dua puluhan, dan rahsia itu adalah 10 tahun Pilates.
“Pilates memperkenalkan saya kepada otot yang tidak pernah saya tahu selama ini, saya mula merasa lebih kuat stamina malah kurus,” dedah Lucy.
Elak Makanan Ringan
Lucy sebaik mungkin menjauhkan diri daripada makanan ringan kerana dia tidak mahu fikirkannya.
“Jika saya sangat lapar, saya akan mendapatkan sarapan burito dengan bayam, telur goreng dan tomato. Untuk makan malam, saya akan ambil ikan berserta sayur-sayuran yang dikukus atau sekadar salad. Jangan tak tahu saya juga makan piza atau pasta sayuran. Saya perlukannya untuk mendapatkan karbo, ” terangnya lagi.
Siapa sangka? Penulis merasakan Lucy Liu masih sekitar 30-an atau 40-an. Tapi 50-an, langsung tidak, dengan fizikal yang kecil molek, maintain kurus, masih gagah bermaya…