Seperti yang kita sedia maklum, perkhabaran terkini menyaksikan hampir 700 juta euro (RM3.26 bilion) berjaya dikumpul bagi tujuan pembinaan semula katedral Notre Dame. Antara yang menyumbang termasuk golongan jutawan, syarikat perniagaan ternama, sektor awam serta rakyat tempatan.
Di kalangan dermawan tersebut merupakan suami kepada aktres hebat Salma Hayek. Menjadi perhatian media apabila jutawan yang juga suami Salma Hayek, Francois-Henri Pinault telah mendermakan wang sebanyak 100 juta Euro untuk proses pemulihan katedral Notre Dame di Paris selepas dijilat api.
Salma Hayek mungkin dikenali depan skin tetapi ternyata suaminya seorang yang “behind-the-scene” dan perahsia. Siapa insan dermawan tersebut?
1. Francois-Henri Pinault berasal dari Rennes, Perancis. Keluarganya memiliki ladang anggur yang terbesar Château Latour di Bordeaux.
2. Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kering – sebuah kumpulan jenama mewah yang berpangkalan di Perancis. Miliki gedung-gedung mewah seperti Gucci, Yves Saint Laurent, Bottega Veneta, Balenciaga, Alexander McQueen serta Stella McCartney.
3. Beliau mengambil kedudukan #4 sebagai CEO terbaik tahun 2018 oleh Harvard Business Review.
4. Sebelum Salma Hayek, Pinault telah berkahwin dengan Dorothée Lepère. Mereka bersama selama lapan tahun, dari tahun 1996 hingga 2004. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Selepas perpisahannya dengan Lepère, Pinault bercinta dengan Linda Evangelista dari tahun 2005 hingga 2006. Mereka mempunyai anak bersama pada Oktober 2006.
5. Beberapa bulan selepas berpisah, Pinault keluar temu janji dengan Salma Hayek. Kedua-dua mereka bertunang pada Mac 2007, dan Salma dilaporkan mengandung. Anak perempuan mereka, Valentina Paloma dilahirkan pada bulan September tahun itu. Kedua mereka berkahwin hampir dua tahun selepas bertunang, pada 14 Februari 2009.
6. Pada Februari 2018, harta Francois-Henri Pinault bernilai kira-kira $25.5 bilion.
Juling mata tengok nilai harta Francois-Henri Pinault.