Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Asyik Mesej 24 Jam, Cuba Cara Fun Ni Pulak Berhubung Dengan Tersayang

by Malisa Aina
May 2, 2019
26
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak penat ke asyik mesej 24 jam?

Bayangkan tiba di rumah terus sambung mesej padahal baru sahaja berjumpa. Agaknya apa yang dibicarakan sampai tak boleh berenggang.

Memang seronok kalau dapat terus berhubung dengan tersayang walaupun ketika mereka sedang bekerja. Tetapi hanya kerana anda boleh menghantar mesej setiap minit tidak bermakna anda sepatut lakukan. Manalah tahu sebenarnya cara anda itu mengganggu kerja si dia.

Kalau tak nak ganggu, ada cara lain paling comel untuk terus berhubung dan percayalah si dia menghargai anda.

Tulis surat dan letak dalam briefcase/beg si dia

Tidak semestinya surat meluahkan perasaan sayang pada si dia. Memadai sahaja dengan mesej pendek dan manis, tulis dan letakkan dalam beg atau lunch box supaya mereka sentiasa mempunyai sesuatu untuk diingati sepanjang hari. Tulis bagaimana anda teruja untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama, jadi si dia hargai usaha yang anda lakukan.

IKLAN

Foto – Pinterest

Buatkan makanan tengahari dan beri kejutan

Tidak perlu hidangan yang merumitkan, memadai yang simple atau makanan kegemaran si dia. Kalau dia suka asam pedas ikan pari, masak asam pedas ikan pari. Kalau suka pasta, cuba google resepi agar anda boleh sediakan untuknya. Jadi, esok hanya panaskan lauk dan berikan kejutan di pejabat.

Janji untuk bercakap tentang hari anda ketika makan malam

Sebelum adanya telefon bimbit, inilah cara yang orang lakukan. Masalah dengan menghantar mesej sepanjang hari ialah apabila ada berdua meluangkan masa makan malam bersama, tidak ada perkara untuk dibicarakan. Anda sudah tahu semua tentang satu sama lain. Simpan semuanya bila makan malam dan bercakap mengenainya sepuas hati.

Foto – Evibe.in Party stories

Ambil masa 15 minit dengan telefon ketika rehat tengahari

Tak payah mesej tapi cukup mengambil masa 15 minit untuk menghubunginya, sekadar bertanya khabar – apa yang dilakukan hari ini, bagaimana hari anda berdua, agenda kerja dan sebagainya yang ringan. Lagi satu untuk mengubati rindu mendengar suara satu sama lain, bayangkan jika anda terjebak dalam long distance relationship.

Hantar gambar paling comel

Daripada kacau si dia dengan menghantar mesej, anda boleh menghantar gambar anda sendiri. Apa yang anda hantar terpulang kepada anda – yang comel, kelakar, seksi, asalkan sesuatu yang membuatkan si dia happy bila melihatnya. Jangan lupa selitkan mesej ringkas paling sweet atau gurauan senda.

Foto – pixabay.com

Sekarang korang tak perlu lagi ganggu si dia. Selamat Beramal!

Tags: cara berhubung dengan kekasihcara berhubung dengan teman lelakimesej 24 jammesej kekasih 24 jamtips berhubung dengan kekasih
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.