Minggu lepas tular satu video seorang vlogger dari China dalam cubaan memakan sotong kurita hidup, tetapi sayangnya malang tidak berbau terjadi kepadanya.
Menerusi klip video yang tular di Twitter, vlogger yang dikenali dengan nama ‘seaside girl Little Seven’ pada mulanya menyuakan sotong itu ke mulutnya, namun haiwan itu menyedut bibirnya dan melingkari wajah wanita berkenaan dengan sesungutnya.
Tonton Video Tular
https://www.youtube.com/watch?v=XDdTuVUtdnI
Bahana Makan Sotong Kurita Hidup
Tahukah, di beberapa tempat di dunia, sotong kurita bukan sahaja disajikan mentah tetapi juga secara hidup. Di Korea Selatan dan Jepun khususnya, mereka mengunyah sotong yang masih lagi bergerak.
Anda boleh memesan sotong kurita hidup, yang dicincang dan ditambah perisa hidup-hidup. Jika anda mahu mencuba makanan unik ini, berhati-hati dengan tiub sedut sotong ini, yang masih aktif walaupun dipotong kerana ia boleh melekat di kerongkong dan melemaskan anda.
“Walaubagaimanapun jarang sekali keracunan makanan berlaku, menyebabkan ia dijadikan amalan masyarakat Korea yang selesa memakan secara mentah dan hidup, ” terang pengarang dan pakar pemakanan Jenny Tschiesche.
Cara Makan Yang Betul
Kamu perlu memegang kepala kurita dan memerah tentakel secara ke bawah untuk menghilangkan lendir hanyir. untuk menghilangkan lendir. Sotong perlu dipotong menjadi kepingan yang sangat kecil kerana jika dimakan dalam kepingan besar, ia akan tersekat di kerongkong sehingga menyebabkan individu tercekik, seterusnya akan membawa kepada kemalangan dan maut.
Orang Korea percaya makan sotong hidup sangat baik untuk tahap gula dalam darah kerana ia mengandungi taurine.
Fakta
Fakta National Geographic, sotong kurita adalah haiwan yang sangat pintar, mahir menyembunyikan diri daripada musuh. Sesunggutnya yang terdiri daripada ratusan penyedut dapat digerakkan secara berasingan bagi membolehkannya memegang, menghidu dan memanipulasi sesuatu objek.
Lepas ni jangan pandai-pandai nak makan sotong kurita hidup ye…