Masyarakat kini lebih gemar membeli barangan preloved, bukan sahaja murah malah ia juga dapat membantu masyarakat untuk berdisiplin agar tidak membazir! Bayangkan barang dibuang atau tidak diguna selepas hanya dua atau tiga hari atau mungkin seminggu dua dan sebaliknya.
Jadi, lebih baik daripada membeli barang baru yang hanya digunakan untuk jangka masa yang singkat, kita juga boleh gunakan barang preloved yang sudah tentunya akan jimat wang. Selain daripada itu, ada juga barangan preloved yang boleh didapati dalam kondisi yang baik.
Di antara pelbagai aplikasi jual beli yang sedia ada, Carousell telah mendapat perhatian orang ramai, terutamanya surirumah! Tambahan lagi bulan Syawal yang bakal menjelang tiba bulan hadapan membuatkan para ibu bapa bertungkus-lumus mengemaskan rumah masing-masing.
Sebab apa? Carousell merupakan aplikasi jual beli yang mudah diguna, di mana pengguna boleh mengambil gambar, menyenaraikan produk dan menjualnya. Proses ini hanya mengambil beberapa saat sahaja.
Seperti Nurhayati Muhamad, atau lebih mesra di kenali sebagai Yati, telah menjual barang-barang preloved menerusi Carousell [https://my.carousell.com/mykidzmart/] dan secara tidak langsung membantu kewangan keluargnya. Bukan itu sahaja, anak-anak Yati juga mula menjual baju dan mainan untuk menambah duit poket masing-masing.
Menerusi pengalaman yang dikongsikan oleh Yati, selain dari mengemaskini barangan yang tidak lagi digunakan, mereka sekeluarga juga dapat meningkatkan tahap kewangan mereka.
Paling penting, urusan jual beli yang dilakukan menerusi Carousell ini juga cukup mudah dan ringkas untuk setiap pengguna!
Bagi sesiapa yang sedang sibuk mengemas rumah menjelang sambutan Hari Raya, baik jual barangan yang tidak diguna melalui Carousell! Download aplikasi tersebut dari Apple AppStore dan Google Playstore untuk menggunakanya sekarang. Daripada dibuang begitu sahaja, kan lebih berfaedah untuk dapat pendapatan lebih?