Tak lama lagi francais Harry Potter akan mengeluarkan empat eBook terbaru pada bulan hadapan, 27 Jun 2019. Cerita terbaru yang bakal di keluarkan ini akan membawa peminat Harry Potter untuk mendalami sejarah ilmu sihir dengan lebih mendalam!
Cerita pendek non fiksi yang di kenali sebagai ‘Harry Potter: A Journey Through..’ telah di adaptasi daripada buku audio ‘Harry Potter: A History of Magic’ ini mendapat inspirasi daripada pelancaran perpustakaan Britain dan J.K. Rowling tidak terlibat di dalam hasil kerja ini.
eBook yang di lancarkan oleh pihak penerbitan Pottermore ini di katakan cerita yang terdapat di dalam ebook tersebut berkisarkan tentang Harry serta rakan-rakannya yang belajar di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardy.
Selain itu terdapat elemen lain yang di masukkan di dalam cerita pendek ini seperti Charms, Defence Against the Dark Arts, Potions, Herbology, Divination, Astronomy dan Care of Magical Creatures.
Tambahan lagi, menurut laman rasmi milik Pottermore, pihak penerbitan menjanjikan bahawa buku tersebut akan membawa peminat Harry Potter kembali semula dan mempelajari tentang kisah-kisah rakyat serta magik!
Nampak gayanya cerita-cerita pendek yang bakal di keluarkan ini akan membawa pembaca menyelongkar dengan lebih dalam tentang sejarah magik purba dan bermain dengan imaginasi serta fantasi dunia magik yang telah dicipta oleh J.K. Rowling ini.
Buku-buku ini akan menceritakan tentang asal usul magik serta sejarah silam beserta kisah-kisah rakyat yang telah di adun dan di susun di dalam eBook ini. Di dalam eBook tersebut memiliki nota ringkas tentang magik, manuskrip dan lukisan yang menarik berdasarkan ilustrasi di dalam ‘Harry Potter: A History of Magic’.
Untuk pengetahuan semua, buku pertama ‘Harry Potter: A Journey Through Charms and Defence Against the Dark Arts’ dan buku kedua ‘Harry Potter: A Journey Through Potions and Herbology’ akan di keluarkan pada 27 Jun 2019.
Manakala bagi buku ketiga ‘Harry Potter: A Journey Through Divination and Astronomy’ dan buku keempat ‘Harry Potter: A Journey Through Care of Magical Creatures’ akan menyusul tidak lama lagi.
Keempat-empat buah buku ini telah di illustrasi oleh Rohan Daniel Eason, yang merupakan pelukis di London. Keempat-empat buah buku ini akan di keluarkan dalam bahasa Enggeris, Perancis, Itali dan German. Malah tempahan pre-order juga boleh dibuat menerusi Amazon UK, Amazon US, Apple dan Kobo.
Bagi peminat cerita Harry Potter, pastikan anda mendapatkan keempat-empat buku cerita ni tau! Jalan ceritanya pasti akan membuatkan kita semua berada di dunia magik dan fantasi, jadi apa tunggu lagi jom pre-order awal-awal!