Masih lagi dalam kehangatan trend sneakers menguasai dunia fesyen hari ini.
Sneakers bukan sahaja memberi keselesaan kepada si pemakai bahkan menambahkan warna ke dalam OOTD (outfits of the day) harian. Jadi, tidak hairanlah jenama kasut sukan berpusu-pusu mencipta rekaan yang unik dan menyeronokkan.
Ambil contoh jenama suka Puma berkolaborasi bersama Sophia Webster memulakan musim Spring-Summer ’19 dengan sebuah koleksi kasut dan pakaian untuk wanita dan kanak-kanak yang cukup unik. Mengambil inspirasi dari pakaian senaman dan seni tarian zaman ’80-an, koleksi ini mencerminkan perspektif unik Sophia terhadap gaya feminine yang padu dan tidak terhingga.
Koleksi ini menggunakan gaya ikoniknya untuk mengubah koleksi yang diilhamkan dari sukan dengan penggunaan logo baru, percetakan yang tebal, dan teknik warna ‘neon colour blocks’ yang terkenal pada zaman ’80an. Menerusi gabungan neon yang berwarna-warni bersama warna pastel, kasut Puma yang klasik kini diberi olahan rupa yang tampil segar, seronok dan sesuai untuk musim panas.
Pelancaran kasut yang berbagai untuk kolaborasi SS19 Sophia Webster bersama Puma dilengkapi dengan koleksi yang menyeluruh menerusi pelancaran produk seperti baju T, ‘crop top’ dan seluar ketat panjang dan seluar pendek.
Koleksi SS19 Puma x Sophia Webster berharga dalam lingkungan RM 229 – RM 705 dan boleh didapati sekarang di semua butik Puma.
Memang rambang mata.. Semua pun cantik-cantik!