Awal bulan Mei lalu, rakyat Britain menyambut berita kegembiraan Meghan Markle melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan Archie Harrison Mountbatten-Windso.
Tetapi kini rakyat Britain meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Duchess of Sussex itu. Hal ini kerana Meghan telah membelanjakan ratusan ribu dolar tahun lalu bagi membiayai kehidupan yang serba mewah.
Menurut seorang penulis biografi, Angela Lavin, Meghan dianggarkan membelanjakan AS$740,000 (RM3 juta) dengan AS$550,000 (RM2.3 juta) daripadanya untuk majlis rai bayi (baby shower) manakala AS$5.5 juta (RM 23 juta) untuk kos ubah suai rumah pada tahun ini.
Gaya kehidupan mewah Meghan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat lebih-lebih lagi pembayar cukai.
“Saya merasakan Meghan berbelanja terlalu mewah. Semua orang tahu Ratu Elizabeth II mengamalkan kehidupan yang sederhana dan sentiasa berjimat.
Baca: Cara Keluarga Diraja Britain Berjimat Cermat, Kita Pun Boleh Ikut!
“Hal ini menyebabkan rakyat Britain mula menyuarakan rasa kurang selesa dengan cukai yang dibayar dan menganggap tindakan Meghan itu amat tidak wajar,” katanya.
Tambah Levin, baju persalinan yang dipakai Meghan semasa majlis pertunangan dengan Putera Harry bernilai AS$102,000 (RM426,000).
Terdahulu, pasangan berkenaan membelanjakan AS$5.5 juta (RM 23 juta) untuk mengubahsuai Fragmore Cottage sempena kelahiran putera sulung mereka, Archie meskipun lokasi kotej berkenaan sangat hampir dengan Lapangan Terbang Heathrow.
Difahamkan, mereka turut memiliki sebuah rumah ladang, Costwold bernilai AS$4.5 juta (RM18.8 juta) dan bakal menjalankan beberapa pengubahsuaian di lokasi terbabit.