Serangan panik ataupun panic attack sering terjadi tidak kira masa dan tanpa kita duga. Perasaan bimbang merupakan emosi biasa yang kita alami bila berdepan dengan keadaan yang tidak tentu atau berbahaya.
Selama serangan panik, pesakit merasakan ketakutan atau tidak selesa yang disertai oleh takikardia (denyut jantung yang lebih cepat berbanding denyut jantung normal), jantung berdebar, sakit dada, perasaan tercekik, berkeringat, gementar, mual, pusing, perasaan tidak sebenar (derealisasi), depersonalisasi dan takut mati atau takut menjadi gila. Serangan panik dapat berlaku secara spontan atau sebagai tindak balas terhadap situasi tertentu.
Terdapat tiga jenis gangguan kebimbangan iaitu gangguan kebimbangan am, gangguan panik dan juga fobia.
https://twitter.com/jenniesfauIt/status/1136678361743237120?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1136678361743237120&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cosmo.ph%2Fentertainment%2Fblackpink-jennie-panic-attack-manila-fan-meeting-a2520-20190607
Simptom gangguan kebimbangan
1. Psikologi
- Perasaan gugup/gementar
- Fikiran yang merungsingkan
- Keresahan
- Peka kepada bunyi
- Rasa tidak selesa
- Daya tumpu yang lemah
- Meragam/cepat marah
2. Fizikal
- Pening
- Degupan jantung yang kuat
- Sakit kepala
- Gangguan usus
- Sengal otot
- Ketakcernaan
- Kesusahan bernafas/terketar-ketar
- Kencing secara kerap
- Keadaan sejuk dan panas secara mendadak
- Ketidakselesaan gaster
- Najis cair
- Kekebasan tangan dan kaki, ketidakselesaan dada
3. Gangguan tidur
- Insomnia
- Mimpi buruk
Bagaimana untuk membantu?
Bercakap mengenai masalah tersebut
Luahkan perasaan. Orang yang mengalami masalah ini perlukan rakan dan jangan dibiarkan berseorangan. Berbual dengan rakan ataupun hadiri sesi kaunseling dengan orang yang berpengalaman untuk membantu anda. Setidak-tidaknya mungkin rasa resah dan gelisah tidak membelenggu anda. Terdapat ramai para profesional yang boleh kita temui, contohnya doktor keluarga, ahli psikiatri, pakar sakit jiwa, pekerja sosial, jururawat atau kaunselor.
Rehat
Mereka yang mengalami serangan panik atau bimbang perlukan rehat secukupnya. Rasa resah dan gelisah memang memenatkan fizikal dan mental. Terdapat banyak cara untuk berehat selain tidur iaitu belajar bernafas, duduk dalam postur yang betul serta bertafakur. Anda boleh mendengar atau melihat video yang menenangkan seperti muzik yang santai serta alunan doa.
Psikoterapi
Pendekatan melalui terapi tingkah laku kognitif yang tertentu juga dapat membantu kebanyakan daripada gangguan kebimbangan, sama ada secara bergabungan dengan perubatan ataupun ataupun secara sendirinya.
Perubatan
Berbagai perubatan boleh didapati untuk merawati gangguan kebimbangan. Ianya selalunya digunakan bersama dengan kaedah yang diterangkan di atas. Ubat pententeram dan antidepresan adalah dua daripada ubat yang paling kerap digunakan.
Berikut adalah 4 perkara yang anda TIDAK PERLU katakan pada mereka yang mengalami serangan panik
“Anda tidak perlu panik”
Orang yang panik kadang-kadang tidak mempunyai sebab untuk panik. Kebanyakan masa , serangan panik tidak rasional. Kadang-kadang ia berpunca dari keadaan dan juga sebab panik adalah kompleks , sukar untuk menyatakan dengan jelas dan tidak diketahui. Sebagai alternatif, jadi pendengar yang baik dan cuba untuk berkomunikasi dengan mereka.
“Bertenang”
Dalam kehidupan sebenar, ia adalah salah satu perkara yang paling teruk anda boleh lakukan kepada seseorang yang mempunyai serangan panik. Perkara yang terbaik untuk dilakukan ialah untuk mendengar dan memberi sokongan. Kata-kata positif amat membantu!
“Saya akan meninggalkan anda untuk satu minit”
Ditinggalkan berseorangan semasa serangan panik akan menambahkan gusar hati mereka. Perkara terakhir yang anda perlu lakukan adalah meninggalkan seseorang yang mengalami kebimbangan adalah memberikan dia berseorangan. Jangan! Orang yang hatinya tidak tenteram akan mempunyai akal fikiran yang mungkin kurang tenang. Jadi dengan adanya orang lain disekelilingnya, ia mungkin boleh membantu dia memikirkan perkara yang lebih menenangkan.
“Jangan overreacting”
Ia adalah satu kiasan biasa dalam kesihatan mental untuk mengurangkan perasaan atau pengalaman seseorang yang mengalami kebimbangan atau panik kerana ianya bukan penyakit fizikal boleh dilihat. Perkara terburuk yang boleh memberitahu seseorang yang panik ialah mereka overreacting. Rawat serangan panik seperti mana-mana kecemasan perubatan yang lain. Dapatkan mereka air jika mereka memerlukannya.
Selamat Beramal!