Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Ku Hye Sun yang memukau penonton dengan bakat lakonannya? Pasti anda tidak pernah lupa dengan siri drama terkenal Korea “Boys Over Flower”, “Blood”, “Angel Eyes” dan banyak lagi filem serta drama lakonan yang telah di pegang oleh pelakon berbakat besar ini.
Hari ini telah berlangsung sidang media di Seoul, bersempena menyambut pembukaan pameran seni Ku Hye Sun yang bertajuk “A World Without You, Loneliness for Me”.
Semasa pelancaran tersebut pelakon jelita ini turut berkongsi tentang perancangannya untuk masa hadapan.
“Saya sedang memikirkan tentang watak dan projek akan datang. Saya mahu mencabar diri untuk memegang watak yang belum pernah saya bawa sebelum ini dan buat masa ini saya sedang membaca skrip dengan penuh teliti sebelum saya mengambil keputusan untuk melakonkan watak tersebut dengan emosi serta situasi yang kena pada tempatnya”.
Dan sementara itu, Ku Hye Sun di katakan akan berehat seketika dari melukis selepas tamat pelancaran pameran seni ini dan memberi fokus terhadap bidang lakonan.
Ku Hye Sun yang kini sedang melancarkan pameran seni dengan tajuk pameran “A World Without You, Loneliness for Me” yang bertempat di Jinsan Gallery, Seoul. Pameran ini akan berlangsung daripada 1 Jun sehingga 28 Julai 2019 ini.