tvN tampil dengan kemunculan drama terbaru yang di kenali sebagai “Hotel del Luna” pada tahun ini. Rangkaian televisyen terkenal tvN ini telah mengeluarkan poster teaser pertama dengan elemen ala-ala fairy-tale!
Drama yang bakal menempa di kaca mata dunia ini berkisarkan tentang seorang pengurus hotel elit yang di lakonkan oleh Yeo Jin Goo. Manakala IU pula memegang watak sebagai bos hotel yang cantik dengan sikap panas baran!
Drama yang berkonsepkan fantasi, seram dan romantik ini memfokuskan perjalanan kedua-dua pasangan dalam menguruskan Hotel del Luna ini.
Pada 7 Jun baru-baru ini, tvN mendedahkan teaser poster yang pertama dengan memperlihatkan langit malam di Seoul. Hotel del Luna pula di lihat tersergah indah bersama bulan sebagai latar belakangnya. Kesan ala-ala fantasi ini menggambarkan misteri mistik tempat hantu-hantu berkeliaran!
Drama menarik ini di tulis oleh adik-beradik Hong dan di arah oleh Oh Choong Hwan serta bergandingan dengan barisan artis yang hebat seperti IU dan Yeo Jin Goo.
IU juga turut mendedahkan sedikit video teaser drama ini di dalam akaun Instagramnya. IU di lihat sedang menunggang kuda di padang pasir dengan kostum yang unik! Nantikan drama Hotel del Luna ini pada bulan Julai ini!