Cape Town, tempat yang unik dan penuh dengan aura yang tersendiri. Mana tidaknya bandar yang terletak di pantai Afrika Selatan ini sangat terkenal dengan pusat pelabuhan dan lanskap yang cukup indah seperti Cape Point dan Table Mountain.
Sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong yang wajib anda kunjungi jika anda bercuti di Cape Town ini. Dan di sini, Wanista hidangkan 15 tempat-tempat menarik yang terdapat di Cape Town!
Table Mountain National Park
Table Mountain National Park ini terkenal dengan permukaan tanah yang rata di bahagian puncak gunung tersebut. Untuk masa yang cantik atau sesuai untuk menjelajah gunung, anda di sarankan untuk keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan panorama yang indah dan memukau jiwa!
The District Six Museum
Bagi yang berjalan-jalan di Cape Town, rugi jika anda tidak singgah melawat The District Six Museum. Muzium yang di bina pada tahun 1994 ini akan menceritakan kepada pelawat tentang salah silah tempatan dan sejarah Cape Town!
Robben Island
Pulau Robben ini di lindungi di bawah tapak warisan UNESCO World Heritage Site. Untuk pengetahuan semua, pulau Robben ini pernah menjadi tempat Nelson Mandela di penjarakan selama 27 tahun. Dan Nelson telah di tempatkan di dalam sebuah sel penjara yang kecil! Malah pulau Robben juga menjadi saksi sejarah hitam mengenai isu diskriminasi bangsa dan warna kulit.
Old Biscuit Mill
Old Biscuit Mill ini merupakan sebuah kilang biskut pada abad ke 19. Dan kini kilang biskut tersebut telah menjadi pusat tarikan pelancong dengan pelbagai kedai menarik, outlet syarikat dan pusat makanan yang unik.
BoKaap
BoKaap merupakan kawasan kejiranan yang paling berwarna-warni di Afrika Selatan ini. Warna-warna yang ceria di sertakan sekali dengan rekaan seni bina yang unik ini memberikan satu gambaran yang luar biasa. Tambahan lagi, tempat ini juga di kenali sebagai rumah bagi komuniti muslim Cape Town!
Clifton Beach
Clifton Beach ini umpama kilauan batu permata yang menjadi tarikan utama para pelancong yang berkunjung ke Cape Town. Dan pantai ini juga terletak strategik daripada ganguan serangan angin yang kuat.
Greenmarket Square
Di Greenmarket Square ini menjual pelbagai hasil tangan penduduk lokal dan terdapat banyak vendor-vendor dari seluruh kawasan Afrika di Greenmarket Square ini seperti, Afrika Selatan, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Kenya dan beberapa tempat di bahagian Barat Afrika.
The Winelands
The Winelands seperti namanya, merupakan tempat yang popular di Afrika Selatan. Bermula dari tempat inilah berkembangnya industri wine Ini dan sekaligus menguatkan reputasi penubuhannya sejak pada abad ke 17 lagi!.
Victoria & Alfred Waterfront
Victoria & Alfred Waterfront ini terletak di pelabuhan Atlantic di Afrika Selatan yang tertua. Lokasi pelabuhan yang strategik ini menyajikan pemandangan laut dan gunung ganang yang mengasyikkan. Lebih kurang 100,000 pelawat berkunjung ke pelabuhan Ini pada peak season.
Kirstenbosch National Botanical Gardens
Taman ini diletakkan di bawah perlindungan UNESCO World Heritage Site. Taman yang berkeluasan 89 ekar ini telah di bina oleh seorang ahli botanik yang bernama Harold Pearson pada tahun 1913 dan taman ini juga merupakan sebagaian besar daripada 528 ekar tanah estet Kirstenbosch.
Cape of Good Hope
Cape of Good Hope memberikan panorama keindahan alam yang cukup memukau jiwa! Bagi yang mencintai keindahan alam semulajadi, ini adalah salah satu tempat wajib yang patut anda kunjungi apabila ke Cape Town.
Camp’s Bay
Camp’ Bay atau di kenali sebagai Baai von Kamptz, nama asal tempat ini di ambil bersempena nama seorang askar Belanda Friedrich von Kamptz. Seperti Clifton Beach, Camp’s Bay juga terletak strategik daripada gangguan serangan angin yang kuat dan ini membuatkan ia sebagai lokasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati aktiviti luar dan berpiknik bersama ahli keluarga.
Paternoster
Paternoster ini merupakan perkampungan nelayan yang lama di Afrika Selatan. Selain itu, Paternoster juga kaya dengan restauran makanan laut yang diklasifikasikan sebagai bercitarasa tinggi!
Hermanus
Hermanus ini merupakan ‘rumah’ bagi ikan paus! Ya sekumpulan ikan-ikan paus Ini akan berenang di Hermanus pada sekitar bulan Jun dan Oktober. Ikan paus akan berenang ke perairan Hermanus ini dan fenomena alam ini secara tidak langsung memberi daya tarikan pelancongan di Cape Town secara tidak langsung.
Aquila Private Game Reserve
Aquila Private Game Reserve ini merupakan tempat perlindungan haiwan dan di dalam pusat perlindungan ini terdapat lima haiwan terkenal seperti badak, gajah, singa, harimau dan kerbau. Bagi pencinta alam dan haiwan, anda mungkin mahu berkunjung ke sini apabila ke Cape Town!
Apa lagi rancang percutian ke Cape Town sekarang!