Bukan orang Asia sahaja yang mengakui keberkesanan produk kelahiran negara kimchi ini, malah aktres Hollywood Anne Hathaway juga bersumpah malah peminat setia salah satu produk mereka.
Sudah tiba di Watsons, Malaysia, jenama penjagaan kulit estetik #1 di Korea, AHC merupakan rahsia bagaimana warga Korea memperoleh kulit sihat dan berseri. Warga Korea percaya untuk menyempurnakan kulit terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang solekan untuk mendapatkan kulit yang ‘Chok Chok’ dan dewy, iaitu kulit yang lembap dan tampak sedikit berkilau lagi lembut – di mana penghidratan adalah kunci untuk menyelesai dan mencegah masalah kulit utama, termasuk anti penuaan dan kulit atopik.
Walaupun terdapat banyak jenama produk kecantikan Korea yang ada di negara kita, AHC menonjol sebagai satu-satunya jenama penjagaan kulit yang pada asalnya diperkembangkan untuk klinik estetik mewah di Korea Selatan. Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun, AHC adalah jenama produk kecantikan perintis Korea yang terkenal dengan bahan-bahan premiumnya, teknologi canggih yang terkini serta produk penjagaan kulit mewah yang mampu dimiliki.
Paling laris rangkaian produk The Real Eye Cream for Face AHC diperkembangkan berasaskan konsep krim yang sangat berkesan namun lembut yang boleh digunakan pada kedua-dua belah mata dan muka, sekaligus memberi manfaat daya tahan, penghidratan, kecerahan dan sihat. Ia juga manjadi produk kepercayaan Anne Hathaway dalam rutin penjagaan wajah secara harian.
Selain The Real Eye Cream for Face, AHC turut tampil produk inovatif Minimal 10 dan Mask Natural Essential yang kesemuanya boleh didapati di Watsons Malaysia dan Facebook AHC Beauty Malaysia.