Terlalu banyak tip-tip temuduga yang di kongsi dengan harapan sedikit sebanyak dapat menbantu the job seekers mengutip sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang berkaitan tentang temuduga.
Oleh itu, di sini telah di rangkumkan segala tips-tips serta maklumat yang berkaitan tentang temuduga bagi mempersiapkan diri job seekers dengan segala ilmu agar dapat menjadi benteng dan perisai yang kukuh dan kental apabila berada di medan pertempuran nanti. Tahu tak, pergi temuduga ni umpama bersiap siaga ke medan perang?
Anda berperang dengan job seekers yang lain bagi mendapatkan jawatan yang di kehendaki, oleh itu anda harus bersedia dari semua aspek baik dari segi mental, fizikal dan paling penting anda berusaha sebaik mungkin semasa sesi temuduga berjalan dengan menunjukan segala kelebihan yang ada kepada potensi majikan!
7 Tips Temuduga Khas Buat The Job Seekers!
Dokumentasi Yang Lengkap
Persiapan yang penting sebelum temuduga adalah, anda melengkapi segala dokumentasi yang berkaitan dan perlu di bawa semasa ke tempat temuduga. Antara dokumen-dokumen yang anda perlu beri perhatian adalah:
- Resume
- Kad Pengenalan Diri
- Sijil SPM/Diploma/Ijazah/Master/PHD
- Transkrip Universiti
- Portfolio Hasil Kerja Semasa Belajar / Bekerja
- Sijil Penglibatan Persatuan/Aktiviti (Jika ada)
Anda perlu peka dalam menyediakan segala dokumentasi di atas sebelum ke tempat temuduga, dokumentasi ini merupakan kunci permulaan untuk bakal majikan mengetahui tentang diri anda.
Kod Pemakaian
Kadang kala, job seekers ini kurang prihatin terhadap etika pemakaian untuk ke temuduga. Penting untuk anda hadir ke temuduga dengan kod etika pemakaian yang betul, kemas dan bersih agar bakal majikan yakin dengan anda.
Kerana pemakaian merupakan tumpuan pertama para penemuduga melihat anda masuk ke bilik temuduga! Bak kata orang dress to impress bakal majikan dan sekaligus anda juga dapat mengexpressikan keyakinan diri anda dengan berpakaian mengikut kod pemakaian yang betul dan kemas!
Selidik Latar Belakang Syarikat
Sebelum anda menghadiri sesi temuduga, wajib untuk anda menyelidiki latar belakang syarikat seperti sejarah penubuhan, bidang kerja syarikat, prestasi syarikat dan segala yang berkaitan dengan syarikat supaya anda tidak berasa kekok jika di tanya oleh penemuduga nanti.
Kenal Pasti Lokasi Temuduga
Lokasi temuduga, wajib anda ketahui dan kenalpasti serta anda harus kenal pasti jalan-jalan yang perlu anda lalui untuk ke tempat temuduga jika anda menaiki kenderaan sendiri.
Bagi job seekers yang ke lokasi temuduga dengan menggunakan pengangkutan awam, anda perlu kenal pasti sama ada di lokasi temuduga berdekatan dengan pengangkutan awam. Dan anda perlu sampai awal ke lokasi temuduga agar anda lebih bersedia.
Adab Temuduga
Adab semasa temuduga perlu ada dan ianya etika yang paling penting, kerana aspek ini amat di pandang berat oleh pihak majikan. Jika anda memiliki latar belakang yang hebat belaka tetapi tidak beradab, tak guna juga kan?
Perkara yang perlu anda lakukan semasa di temuduga adalah:
- Beri salam atau ucapan selamat kepada ahli panel.
- Jaga pandangan mata dan bahasa badan.
- Terangkan tentang butiran diri kepada ahli panel temuduga dengan tenang dan yakin.
- Jawab soalan yang di berikan dengan lancar serta bertanya soalan yang bernas kepada panel temuduga serta tunjukkan bahawa anda memang ingin dan tidak sabar untuk bekerja di syarikat tersebut.
- Ambil masa seketika untuk anda menjawab soalan-soalan yang di ajukan kepada anda agar perkataan yang di tuturkan keluar dengan lancar dan tenang.
- Selepas selesai sesi temuduga, pastikan anda mengucap terima kasih.
- Follow-up semula untuk mendapatkan maklum balas tentang keputusan temuduga.
Berlatih
Untuk berasa yakin semasa temuduga, di galakkan anda untuk berlatih bercakap di depan cermin ataupun dapatkan bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk berlakon sebagai ahli panel semasa temuduga.
Dengan berlatih untuk berkomunikasi serta menunjukkan gaya bahasa badan yang positif dan berkeyakinan, latihan adalah jawapannya. Jangan berasa jangkal untuk berlatih, ini kerana ia akan membantu anda untuk lebih bersedia dan tidak gugup serta gementar apabila berhadapan dengan ahli panel temuduga nanti.
Bertenang
Segala persiapan telah dilakukan, dan apa yang tinggal adalah menunggu giliran untuk di panggil masuk ke bilik temuduga. Dalam jangka masa menunggu yang bisa membuatkan diri berasa panik serta tidak tenteram, anda harus bijak menenangkan diri dan berikan kata-kata motivasi dan semangat untuk menghadapi sesi temuduga. Yakin pada diri anda yang anda mampu lakukan sehabis baik untuk sesi temuduga.
Jangan Lakukan Perkara Ini Semasa Temuduga!
- Memberi jawapan yang tidak sopan serta menjawab soalan secara tidak serius.
- Nada suara jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan
- Jangan lakukan aksi mengganggu perhatian panel seperti bermain dengan pen atau menggaru kepala, mengunyah gula-gula dan sebagainya.
- Memanggil nama panel tanpa gelaran seperti “Encik, Tuan, Cik, Puan”.
- Mengulas topik yang tidak berkaitan dengan bidang pekerjaan.
- Terburu-buru bertanyakan tentang gaji, cuti, bonus atau faedah sedangkan anda belum mendapat tawaran kerja.
- Mengkritik dan mengadu tentang tempat kerja lama serta membandingkan.
Di harap kesemua tips serta maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk lebih bersedia dalam urusan temuduga dan semoga berjaya job seekers!