Halsey, namanya bukan asing lagi dalam arena seni suara Hollywood. Berkolaborasi dengan The Chainsmokers, BTS, Khalid, dia antara gadis muda yang cukup bertuah, lagunya sentiasa mendapat tempat di hati pendengar dan memenuhi carta lagu antarabangsa.
Kini, dia mencuri perhatian apabila dipilih menjadi muka depan untuk majalah tersohor Rolling Stone. Bukan biasa-biasa, Halsey tampil memakai singlet yang menampakkan bulu ketiak serta badannya penuh dicacah tatu.
Rolling Stone dipuji kerana langsung tidak melakukan sebarang suntingan terhadap foto Halsey, sekaligus menjadi advokasi untuk generasi muda agar menghargai kecantikan diri sendiri seadanya. Yes, embrace your Beauty, ladies!
Bukan peminat sahaja yang sakan memuji imej Halsey, malah rakan selebriti juga. Zara Larsson menggunakan Twitter turut memuji keputusan Halsey untuk tidak mencukur bulu ketiak, malah menetap pendirian tidak menyunting gambar tersebut.
I loooove the fact that they didn't edit the armpits like most magazines would do. Women are not little babies who don't have body hair. Stunning cover 👌 https://t.co/POHNCnIK9W
— Zara Larsson (@zaralarsson) June 20, 2019
https://twitter.com/dirtiestchicken/status/1142473315984056320?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1142473315984056320&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.allure.com%2Fstory%2Fhalsey-rolling-stone-underarm-hair
https://twitter.com/kristentheys/status/1141763517244149760?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1141763517244149760&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.allure.com%2Fstory%2Fhalsey-rolling-stone-underarm-hair
Mungkin kalau selebriti lakukan memang nampak elok, nampak cantik… tapi orang biasa azab sangat! Tak payah nak sokong sangat la ye…