Pada 27 Jun 2019 hari ini, peguam bela kepada aktor terkenal Descendents of The Sun, Song Joong Ki iaitu Park Jae Hyun mengumumkan tentang memfailkan tuntutan cerai terhadap Song Hye Kyo.
Firma guaman kami telah memfailkan tuntutan cerai bagi pihak Song Joong Ki di Seoul Family Court pada 26 Jun. Tambahan lagi kami ingin menyampaikan kenyataan rasmi daripada Song Joong Ki.
Menerusi kenyataan rasmi daripada Song Joong Ki, beliau memohon maaf kepada peminat dan menjelaskan bahawa beliau inginkan penceraian secara baik.
Berikut adalah kenyataan Song Joong Ki:
Apa khabar semua, ini adalah Song Joong Ki.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana mengumumkan perkhabaran sebegini kepada peminat yang menyayangi dan mengambil berat tentang saya.
Saya telah mula memfailkan proses tuntutan cerai terhadap Song Hye Kyo.
Daripada mengumumkan dan bertegang leher tentang siapa yang salah, saya berharap bahawa proses penceraian ini akan berjalan dengan baik.
Saya memahami, sukar untuk anda semua menerima kenyataan ini dan saya juga sukar untuk berkongsi secara terperinci tentang kehidupan peribadi saya. Saya akan sembuh dari luka ini dan memberi sehabis baik sebagai seorang pelakon bagi membalas semula kepada semua menerusi produksi yang terbaik di masa akan datang.
Terima Kasih.
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah mengikat tali perkahwinan sejak bulan Oktober pada tahun 2017, selepas bersama-sama bergandingan bagi siri drama terkenal Descendants of The Sun. Apa-apa pun Wanista berharap Song Joong Ki akan pulih dan kembali ke pentas lakonan dengan semangat diri yang baru!