Aktor Kang Ji Hwan telah diberkas polis kerana melakukan serangan seksual terhadap wanita di kediamannya di Gwangju pada malam 9 Julai 2019.
Dilaporkan aktor 42 tahun itu mengundang dua rakan wanita dari agensinya ke rumah untuk minum selepas jamuan makan malam. Kemudian, ketika rakan wanita tidur, dia memasuki bilik mereka dan melakukan serangan seksual yang tidak senonoh terhadap mereka.
Salah seorang wanita menghantar mesej ringkas kepada rakannya sebelum kejadian itu, “Kami minum di rumah aktor Kang Ji Hwan dan kini kami terperangkap” dan meminta rakan melaporkan kepada polis. Sejurus ketibaan polis, wanita tersebut memberitahu apa yang berlaku dan Kang Ji Hwan terus ditangkap.
Sebaik sahaja di balai polis, Kang Ji Hwan menjelaskan dia langsung tidak mengingati sebarang kejadian yang berlaku. Dia kini direman kerana keadaan diri yang masih mabuk dan untuk siasatan lanjut.