Anda suka melakukan aktiviti lasak dan mencabar? Atau anda gemar melakukan aktiviti sukan yang bersedarhana? Ada tak yang ingin bersukan tapi tak mahu kena cahaya matahari yang terik di luar? Nah, wanista berikan penyelesaian untuk semua masalah anda, di SuperPark Malaysia yang terletak di pusat membeli-belah Avenue K yang berhampiran KLCC. Lokasi yang strategi di tengah-tengah kota ini merupakan tempat yang sesuai dan esklusif bagi melakukan aktiviti sukan di dalamnya!
SuperPark Malaysia ini merupakan pusat aktiviti permainan sukan indoor yang pertama di Malaysia! Untuk pengetahuan semua, SuperPark ini sebenarnya berasal daripada Finland dan telah beroperasi sejak 2012 dan memiliki lesen dalam mengendalikan 18 jenis aktiviti taman secara global.
Malah ia memilih Malaysia sebagai lokasi ketiga di Asia bagi mewujudkan pusat sukan dalaman khas untuk rakyat Malaysia serta pelancong! Di dalam SuperPark Malaysia ini memiliki tiga bahagian utama dengan 25 permainan yang unik dan menarik serta bersesuaian mengikut peringkat umur di dalam satu bumbung.
Adventure Area
Kawasan ini bersesuaian untuk golongan muda seperti kanak-kanak dan para ibu bapa untuk melakukan aktiviti sukan bersama-sama dengan beberapa permainan yang di tawarkan seperti:
- iWall
- Flying Fox
- Tube Slide
- Pedal Car Track
Game Area
Nah, bahagian ini pula sesuai bagi yang inginkan suasana pertandingan dengan semangat bersaing yang tinggi! Antara aktiviti yang terdapat bagi kawasan ini pula adalah:
- Baseball
- Street Basketball
- RoboKeeper (Goolkeeper-nya adalah robot AI)
Freestyle Hall
Bagi yang gemar untuk menguji daya tahan diri, kawasan ini sesuai untuk anda! Apa tunggu lagi, cabar diri anda dengan beberapa aktiviti lasak ini dan lihat sejauh mana kekuatan diri anda!
- SuperClimb
- Ninja Track
- Skate and Scoot World
- Trampoline Platform
- Skate Rink
Segala aktiviti sukan ini di lakukan di dalam bangunan yang berhawa dingin dan anda tidak perlu risau dengan sinaran UV yang berbahaya atau terkena hujan dan panas terik matahari ke semua aktiviti dapat di lakukan dengan selesa di dalam pusat membeli-belah Avenue K ini.
Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang harga bayaran bukan? Nah, berikut merupakan gambarajah harga kemasukan SuperPark Malaysia.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti sukan di dalam SuperPark Malaysia ini, dan pastinya hari anda akan lebih ceria apabila di temani bersama-sama rakan-rakan yang sekepala atau bersama ahli keluarga yang tersayang!
Jom bersukan dengan riang dan bebas di SuperPark Malaysia di dalam pusat membeli-belah Avenue K ini. Comfirm tak rugi datang sana! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SuperPark Malaysia ini, anda boleh lihat di [SINI].