Sempena menyambut Hari Gincu Kebangsaan, M.A.C menjemput peminat kosmetik di Malaysia untuk bermain gincu pada 27 Julai sehingga 29 Julai 2019 ini. Ya, sempena meraikan hari gincu ini, M.A.C telah selesai merenovasi outletnya dan ingin membawa pengunjung semua ke bengkel terbarunya dengan memperlihatkan peralatan kecantikan yang terbaru!
Menerusi acara ini, anda berpeluang untuk bermain lebih dari 150 jenis gincu keluaran daripada M.A.C. Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapat gincu percuma yang terpilih seperti “D For Danger” dan “Ravishing” dengan pembelian RM100 dan ke atas sementara stok masih ada. Pengunjung boleh melawati ke semua outlet M.A.C Malaysia dan stor dalam talian. Mengikut terma dan syarat.
Tambahan lagi, gincu M.A.C yang hadir dengan pelbagai warna dan formula ini membuatkan peminat kosmetik gila bayang! Di antara lebih 150 jenis gincu M.A.C, gincu “Ruby Woo” merupakan gincu nombor satu di dunia yang paling di minati ramai. Bayangkan dalam setiap minit berdetik, enam batang gincu Ruby Woo telah terjual!
Malah, M.A.C juga telah di anugerahi dengan Award-Winning Powder Kiss Lipstick, di mana gincu ini telah bergambung dengan matte formula yang sangat melembapkan bibir dan ianya telah di uji di belakang pentas semasa Fashion Week dan mendapat pengesahan M.A.C Artist di seluruh dunia. Hebatnya!
Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke bengkel M.A.C pada 27 Julai sehingga 29 Julai ini untuk bermain dengan pelbagai jenis gincu yang di tawarkan oleh M.A.C. Bermain sambil serlahkan kecantikan diri dengan peralatan kecantikan terbaru daripada M.A.C!
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sambutan Hari Gincu Kebangsaan yang di adakan oleh M.A.C ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi milik M.A.C [SINI]. Jadi ingat tarikh keramat ini dan jumpa anda di bengkel M.A.C pada 27 Julai hingga 29 Julai ini!