Anne Curtis.
Selebriti serba boleh ini merupakan antara wanita tercantik di Filipina. Walaupun usianya sudah memasuki 30-an, tetapi dia masih nampak muda dan segar sentiasa, langsung tak dimamah usia. Orang kata awet muda!
Walaupun begitu, aktres ini mengakui mengalami tanda-tanda penuaan kulit tetapi padanya ia sedikit tidak menggangu malah meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya fikir sebaik sahaja sudah memasuki usia 30, beberapa kedutan mula keluar. Saya menghormati sesiapa yang memilih untuk melakukan ‘sesuatu’ untuk membantu kekal muda, tetapi saya memilih untuk membiarkan sahaja. Ini adalah sebahagian daripada proses penuaan dan selagi anda bahagia dan bertenaga, dan anda belajar bagaimana mahu menjaga diri, anda akan kekal muda,” terangnya.
Bagusnya cara Anne berfikir. Tetapi melihat bagaimana dia kekal positif dan menjaga wajah, kita tidak dapat lari untuk tahu rahsia bahkan rejimen kecantikan yang dilakukan bagi memastikan penampilan kekal anggun.
Gincu merah bina keyakinan diri
Jangan sesekali meremehkan kuasa gincu merah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah satu sapuan untuk mendapatkan rangsangan keyakinan.
Kertas Minyak
OMG minyak di sekitar T-Zone memang mengharukan. Pada Anne, blotting adalah helah kecantikan terbaik yang pernah dipelajarinya.
Sentiasa tanggalkan mekap
Paling penting dan paling malas dilakukan! Kesilapan nombor satu kenapa wajah anda bermasalah adalah kerana malas untuk mencuci mekap.
Concealer
Lumrah setiap wanita concealer dijadikan alat untuk menutup cela dan cacat di wajah tetapi pada Anne, dia jarang memakai concealer. Kalau boleh, biarkan kulit wajah bernafas dan yang paling penting belajar untuk mencintai kecacatan di wajah. Sesekali barefaced apa salahnya.
Warna terang bergemerlapan
Satu lagi cara Anne ialah jangan takut untuk bermain dengan warna-warna terang dan berani yang memberi impak fun ke dalam penampilan. Siapa tahu mungkin pink eyeshadow menjadi kegemaran anda malah paling cantik.
Baru-baru ini, Park Bo Gum ada menyatakan rupa paras Anne persis Song Hye Kyo.. Wah untunglah!
Semoga tips ini membantu anda menjaga wajah dengan lebih disiplin dan teratur.