Ketiak Hitam? Berbau Tengik? Sekarang tiada lagi dengan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum yang baru!
Perkenalkan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum
Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose menawarkan cara yang baru untuk pengguna menikmati wangian yang mewah ini setiap hari! Deodoran ini menggunakan formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido yang memulihara kulit bawah lengan, untuk memberikan pengguna 3x tindakan iaitu, ia memulih dari dalam, menjadikan kulit bawah lengan yang lebih cerah dan licin, serta mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari.
“Selepas menggunakan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose, saya mendapati kulit bawah lengan saya kelihatan lebih licin dan berseri. Ini sangat penting bagi saya sebagai penghibur yang sentiasa berada di atas pentas, kerana menggunakan deodoran NIVEA memberikan saya keyakinan dan kesegaran setiap kali saya membuat persembahan atau berada di atas pentas. Tambahan pula, saya suka sangat wangiannya!’ – penyanyi popular Joey Chu.
Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose and Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam roll-on50ml dan botol semburan 150ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM12.50 dan RM17.50.
Ikuti www.facebook.com/mynivea untuk informasi terkini atau untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA, sila layari https://www.nivea.com.my/.