Siapa sangka aset yang penuh berharga ini menceritakan pelbagai fail kesihatan diri, oleh itu anda perlu beri perhatian terhadap payudara dan kenalpasti kesihatan diri berdasarkan jenis bentuk payudara. Jangan ambil remeh tentang isu kesihatan dan anda perlu tahu tahap kesihatan diri.
Oleh itu, tanpa melengahkan masa mari kita lihat kesihatan diri menerusi jenis-jenis payudara di bawah!
Payudara Membesar
Payudara memiliki sel lemak yang banyak, jika anda perasan payudara anda membesar ini berkemungkinan berat anda bertambah atau anda juga anda mengalami hubungan kelamin yang tidak di lindungi.
Selain itu anda juga berkemungkinan mengandung di mana membuatkan payudara menghasilkan susu. Kelahiran yang di rancang atau perubahan hormon ketika datang bulan juga boleh menyebabkan pertumbuhan payudara. Jadi anda perhatikan saiz payudara anda, adakah ia semakin membesar?
Payudara Mengecil
Bagi payudara yang mengecil pula ia menandakan bahawa anda telah mengalami penurunan estrogen atau berat badan menurun. Jika anda perhatikan payudara mengecil tanpa kehilangan berat badan atau mengalami menopaus, anda harus dapatkan pengesahan untuk Polycystic Ovary Syndrome (PCOS).
Selain berkemungkinan masalah polycystic ovary syndrome (PCOS), masalah pengecilan payudara juga boleh berlaku apabila pengambilan kopi berlebihan. Untuk keselamatan anda buat ujian dan dapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan diri.
Payudara Berubah Bentuk
Jika payudara berubah bentuk ia menandakan sesuatu sedang berlaku di dalam tubuh anda. Tetapi ia juga boleh berlaku kerana sel genetik serta perubahan mengikut umur anda. Selain itu, isu ligamen yang renggang menghubungkan tisu sel yang putus lalu menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya.
Jika ini semua berlaku, apa yang perlu anda lakukan adalah elakkan turun naik berat badan, bersenam secara kerap dan gunakan bra sokongan untuk membantu payudara anda melawan daya graviti bumi.
Benjolan Payudara
Semasa anda datang bulan, anda mungkin dapat merasai terdapat ketulan atau benjolan pada payudara anda. Ini menandakan hormon anda sedang meningkat di mana ia mengisi lendir dengan cecair.
Benjolan kitaran haid ini merupakan sesuatu yang normal dan ia akan hilang selepas kitaran haid anda selesai. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan kepastian lebih tepat, anda di sarankan untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat kesihatan.
Payudara Berasa Sakit
Jika payudara anda berasa sakit ia boleh berlaku kerana beberapa aspek antaranya:
- Hormon tidak seimbang
- Pemakaian bra yang tidak sesuai
- Pengambilan kafein yang berlebihan
- Berlaku trauma di bahagian dada (seperti pukulan atau hentakan di bahagian dada yang boleh menyebabkan payudara menjadi sakit)
Jenis rasa sakit ini akan bertahan dalam satu jangka masa yang panjang. Dan ada pula sesetengah kes berlaku di mana payudara berasa sakit kerana kekurangan zat besi yang akan menyebabkan disfungsi tiroid. Tambahan lagi, menerusi laporan kajian menyatakan wanita yang mengalami sakit payudara di beri 6mg iodine yang mana ia membantu fungsi tiroid.
Puting Kedalam
Jika anda di lahirkan dengan memiliki puting kedalam, anda tidak perlu risau. Puting kedalam ini hanya akan menjadi isu yang merisaukan apabila anda tiba-tiba mengalami puting anda menjadi kedalam.
Puting kedalam menunjukan petanda kanser payudara. Jika anda melihat puting anda di tarik balik pastikan bentuk yang berlaku bukan di sebabkan pemakaian bra. Untuk mendapatkan kesahihan serta kepastian, dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor secepat mungkin.
Oleh itu, penting untuk anda mengetahui kesihatan diri anda dengan memberi perhatian kepada sebarang perubahan yang berlaku ke atas payudara anda. Dan sekaligus anda dapat membuat persiapan awal bagi menangani masalah kesihatan dari tumbuh melarat.
Di harap segala maklumat yang di kongsikan memberi manfaat buat anda semua!