Jenama pakaian dalam tersohor, Victoria’s Secret akhirnya merekrut model transgender bernama Valentina Sampaio. Sesuatu yang baru memandangkan sebelum ini mereka melarang kemasukan model bersaiz besar dan berlainan jantina.
Berita ini meletus selepas Valentina memuat naik foto mengenakan jubah mandi dan meletakkan tag nama Victoria’s Secret di laman sosial Instagramnya.
Namun ini bukan kali pertama Valentina menceburi dunia fesyen. Terdahulu, model kelahiran Brazil telah menjadi muka depan untuk majalah Vogue Paris, sekaligus membuka ruang untuk golongan sebegini memenuhi impian mereka.
Agaknya apa yang menarik sehingga VS mengambilnya sebagai model?
Siapa Valentina Sampaio
Model transgender berusia 22 tahun dari Brazil ini memulakan kerjayanya di Minggu Fesyen São Paulo. Dia kemudiannya diletakkan dalam kempen iklan untuk kerjasama antara L’Oréal Paris dan Balmain pada 2017. Dia juga muncul dalam Vogue Paris untuk isu Mac 2017, menjadi model transgender pertama muncul dalam majalah prestij tersebut.
Sejak itu mukanya menghiasi ruang laman web koleksi Vogue yang lain seperti Brazil dan Jerman, majalah Elle Mexico dan Brazil serta Vanity Fair Itali dan Marie Claire Brazil. Kerjaya makin memuncak apabila Sampaio juga bekerja dengan jenama seperti Philipp Plein, Moschino, Pollini dan banyak lagi.
Reaksi Dunia
Ternyata perkhabaran ini mendapat sokongan ramai selebriti, termasuk pelakon dan aktivis Laverne Cox, yang memberi komen pada pos Instagram Sampaio, “Wow akhirnya!” Lain-lain seperti model VS sendiri, antaranya model Elsa Hosk , Lily Aldridge dan Gizele Oliveira. Bahkan netizen menggunakan media sosial menyuarakan kegembiraan mereka mengenai berita itu.
Victoria‘s secret just hired their first trans model (her name is Valentina Sampaio) and I‘m IN LOVE WITH HER pic.twitter.com/aDD6YDHJoS
— Alena (@gayluthxr) August 5, 2019
Valentina Sampaio is the first Transgender woman model/actress to be featured in the cover of Vogue, Barzillian Vogue and now, Victoria's Secret first openly trans model.
Stay mad, y'all. TRANS REPRESENT. ☺️🏳️🌈
— raine (@ul4ne) August 4, 2019
Natural Beauty
My goodness, kenapa cantik sungguh Valentina ni…