Sempena kehadiran musim luruh pada tahun ini, Monki mengeluarkan pelbagi koleksi klasik dengan stail denim serta pemakaian denim yang terbaru. Koleksi daripada Monki ini menampilkan produk-produk baru khas bagi musim luruh ini.
Monki menampilkan sepasang jeans klasik yang memberikan rasa dan gaya kepada si pemakai kelihatan seperti ikonik. Malah Monki ingin membawa anda untuk meneroka trend pemakaian denim yang terbaru dengan autumn denim drop daripada jenama fesyen Swedish. Menariknya!
Produk yang di keluarkan oleh Monki ini menampilkan jahitan yang beralun untuk baju denim. Sentuhan unik ini memberikan sumber inspirasi daripada jaket denim dengan quilted lining. Selain itu, warna seluar jeans pula hadir dengan warna block dan warna mustard pada keseluruhan denim tersebut.
Ke semua produk yang di hasilkan memiliki keunikan dan aura musim luruh yang tersendiri. Ia bukan sahaja berstail malah trend klasik “Look in no time” ini memberikan pengalaman kepada si pemakai untuk meneroka musim luruh dengan sentuhan masa klasik.
Koleksi denim Monki ini akan mula tiba di stor pada pertengahan bulan Ogos ini. Koleksi pakaian yang menampilkan warna palet mengikut musim pastinya akan menarik pecinta fesyen untuk memiliki produk Monki ini. Antara warna-warna yang terdapat untuk koleksi Monki kali ini adalah Dark beige dan Mustard shades yang memberikan warna hijau asli dan juga ton warna biru vintage sebagai fokus utama koleksi Monki kali ini.
Jadi nantikan koleksi Monki pada pertengahan bulan Ogos ini dan dapatkan koleksi Monki dengan segera! Monki sering menghasilkan pakaian mengikut musim dengan cerita yang menarik sebagai inspirasi penghasilan pakaian dan produk-produk lain yang dihasilkannya.