Althea jenama yang tidak asing lagi di Malaysia terutama dikalangan pengguna produk kecantikan. Althea yang berpusat di Seoul, Korea ini menawarkan rangkaian produk kecantikan yang pelbagai dan bersesuaian untuk kulit wanita di seluruh dunia.
Trend kecantikan yang terkini menjadikan wanita lebih peka dalam menjaga kecantikan. Untuk mendapatkan wajah yang cantik dan berketerampilan Althea menampilkan produk terbarunya yang dikenali sebagai A’bloom.
A’bloom yang merupakan koleksi kecantikan K-beauty yang segar, cepat dan menyeronokan direka untuk memberikan kesan yang segera di samping melengkapi rutin penjagaan kulit dan solekan anda.
Penulis telah mencuba koleksi A’bloom baru-baru ini, koleksi A’bloom ini menampilkan tiga produk utama penjagaan rutin kecantikan harian. Antara koleksi rutin penjagaan kecantikan tersebut adalah:
- Kepingan Mask Muka iaitu mask muka Tembikai yang melembapkan, mask muka Lemon Lime yang mencerahkan, mask muka Avocado berkhasiat dan mask muka Pic anti-cela.
- BHA Penghapus Bintik Hitam
- Span Solek Meringue Puff yang di datangi dengan span meringue puff kecil dan span meringue puff besar.
Pengalaman 4 Hari Guna Mask Muka A’bloom
Penulis telah mencuba kepingan mask muka selama empat hari dan hasilnya pada kulit wajah cukup memberangsangkan. Ia membuatkan kulit menjadi lebih lembap dan segar, penggunaan selama empat hari baru-baru ini memberikan kulit wajah penulis lebih tegang dan sihat dari biasa.
Pada hari pertama penulis menggunakan mask muka Tembikai. Selepas penulis mencuci wajah dengan pencuci muka, penulis memakai mask tembikai untuk mendapatkan kulit yang lembap dan gebu.
Ternyata selepas pemakaian mask muka ini, ia membuatkan kulit wajah penulis lebih anjal dan lembut. Malah terdapat bau wangian Lavender sebagai aromaterapi!
Pada hari kedua pula penulis memilih untuk memakai mask muka Pic anti-cela, bagi penulis yang memiliki kulit wajah yang sensitif ini mask muka pic dapat memberikan kesan yang menenangkan kepada kulit wajah.
Selain itu mask pic anti-cela ini membuatkan kulit penulis berasa lebih lembut dan licin. Mask pic anti-cela ini mengandungi ekstrak buah pic dan juga minyak pokok teh, sebab itu ia sesuai untuk digunakan bagi individu kulit sensitif kerana kedua-dua ekstrak ini dapat mengawal pengeluaran minyak dan mengimbangkan tahap kelembapan wajah!
Pada hari ketiga pula penulis menggunakan mask muka Avocado, bagi penulis mask muka avocado ini sangat bagus kerana ia menyuburkan kulit muka. Tahu tak buah avocado ni kaya dengan antioksidan dan di dalam ini ia dipenuhi dengan ekstrak buah avocado dan juga bunga raya yang dapat melindungi kulit.
Dan pada hari keempat pula penulis telah memakai mask muka Lemon Lime, nah mask yang ini umpama ala-ala satria bagi penulis kerana mask dari ekstrak buah lemon lime ini dapat mengurangkan bintik-bintik gelap dan juga masalah kulit kusam.
Memang puas hati betul penulis guna mask lemon lime, tambahan lagi mask ini juga mengandungi teh hijau yang dapat membantu mencerah kulit serta menenangkan kulit wajah. Selain itu, mask muka ini kaya dengan vitamin C tau. Jadi bagi yang inginkan kulit yang sihat, segar, cerah dan tanpa bintik hitam mask muka lemon lime ini sesuai untuk anda.
Hapuskan Bintik Hitam Dengan BHA Blackhead Blaster
Hah, yang ini produk yang paling penulis suka BHA Blackhead Blaster. Boleh dikatakan bintik hitam dan bintik putih yang terdapat di wajah penulis berkurangan. Untuk guna BHA Blackhead Blaster ni mudah je.
Selepas bersihkan muka, sapu BHA Blackhead Blaster ni pada kawasan yang berminyak. Biasanya kawasan T-zon lah yang kerap berminyakkan. Selepas sapu tu, urut perlahan-lahan dalam pergerakan bulatan untuk mengeluarkan minyak dan kotoran yang terperangkap dan akhir sekali bilas dengan air suam.
Selama empat hari penulis gunakan memang nampak bintik hitam dan putih semakin berkurang. Puas hati guna.
Span Meringue Puff Yang Gebu!
Span Meringue Puff ni didatangi dengan dua saiz yang berbeza, satu span meringue puff bersaiz besar dan tiga span meringue puff bersaiz kecil. Span ni sangat lembut dan gebu bagi yang gemar mengunakan alat solek pastinya tidak lekang dengan penggunaan span untuk merapikan serta menyemaskan solekan bukan?
Nah, span meringue puff ni sememangnya span yang bagus dan selamat untuk digunakan. Lagi satu span ni telah diuji tau memang sesuai sangat untuk wanita yang berkulit sensitif, macam penulis!
Jadi secara keseluruhannya, koleksi A’bloom ini memang sesuai untuk digunakan oleh wanita di Malaysia. Malah kesannya juga sangat pantas dan berbaloi untuk dijadikan sebagai produk rutin penjagaan kecantikan para wanita di Malaysia.
Bagi yang ingin dapatkan produk Althea, koleksi A’bloom ini anda boleh membelinya menerusi pemilik jenama Althea dan pengedar terpilih Althea. Althea menawarkan penghantaran antarabangsa percuma untuk pesanan dengan lebih daripada dua produk dari Korea ke seluruh dunia.
Dan ke semua penghantaran ini boleh dijejaki supaya anda mengetahui dengan tepat di mana bungkusan anda berada dan bila ia akan tiba.
Untuk mengetahui maklumat, promosi, harga dan trend terkini K-beauty, anda boleh melayari laman sosial media Facebook Althea [SINI] layari laman sesawang Althea Malaysia [SINI].