Rangkaian restauran makanan terkenal KFC kini mengeluarkan ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan. Menariknya menu ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan ini hanya didapati di Atlanta sahaja.
Menurut KFC, mereka akan melihat maklum balas daripada pelanggan sebelum membuat keputusan untuk menguji menu tersebut di lokasi yang lain.
Tambahan lagi Presiden KFC United States, Kevin Hochman berkongsi tentang pilihan menu eksklusif ini apabila dirinya bertemu dengan pembuat daging berasaskan tumbuhan dan ia menarik minat terhadap alternatif daging.
Jika anda bertanya kepada saya enam bulan yang lalu, saya akan berkata tidak dan berterus terang dengan anda yang kami bercakap tentang ayam goreng. – Presiden KFC United States, Kevin Hochman
KFC membuat ujian yang dikenali Beyond Fried Chicken dengan kolaborasi bersama Beyond Meat ini, akhirnya membuahkan hasil apabila mereka mengeluarkan menu ayam goreng berasaskan tumbuh-tumbuhan di KFC di Atlanta.
Idea menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan alternatif pengganti daging di pelbagai rangkaian restoran pengeluar makanan segera bukan lagi idea yang pelik atau janggal.
Sebagai contoh, sejak tahun lepas lagi KFC di United Kingdom telah mencari alternatif menggantikan daging ayamnya dek kerana masalah kekurang stok daging ayam dan mereka ingin menggunakan tumbuhan sebagai bahan asas ayam goreng di KFC United Kingdom.
Ironiknya masalah sebegini sering dihadapi oleh restauran-restauran makanan segera, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kebanyakan pengusaha restauran mencari alternatif lain bagi menggantikan kekurangan stok ayam.
Isu menggantikan daging ayam kepada tumbuh-tumbuhan bukanlah isu yang mengejutkan atau pelik. Ini kerana rangkaian makanan terkenal seperti Burger King, Del Taco dan TGI Fridays masing-masing telah mengeluarkan menu berasaskan tumbuh-tumbuhan sebagai alternatif pengganti daging ayam.
Mungkin tak lama lagi KFC di Malaysia akan mengeluarkan menu ini, siapa tahu bukan?