Seperti yang kita ketahui Filipina kini dalam proses menerbitkan drama remake ‘Descendants Of The Sun’. Dan suami kepada aktres Marian Rivera yang juga aktor Dingdong Dantes dipilih menjadi ‘Big Boss’ lakonan Song Joong Ki.
Versi Filipina, Dingdong dinamakan Capt. Lucas Manalo atau panggilannya Big Boss. Selain dari Dingdong, watak ‘Wolf’ akan dimainkan oleh aktor Rocco Nacino sebagai Sgt. Diego Ramos.
Untuk membangkitkan kehangatan, pihak produksi sempat berkongsi beberapa gambar teaser Dingdong mengenakan uniform tentera, melakukan aktiviti menembak yang membuatkan peminat makin teruja. Kita sedia maklum, Dingdong sememangnya miliki fizikal sasa jadi pemilihan sebagai Big Boss dengan melakukan aktiviti lasak dan ekstrem memang sesuai sangat.
Difahamkan, untuk menghidupkan peranan sebagai tentera, kesemua aktor terlibat diberikan latihan khas dengan Tentera Filipina sendiri.
Terdahulu, Jennylyn Mercado akan menjadi Doctor Kang Mo Yeon, seorang pakar bedah dan permaisuri hati Big Boss.
Baca : Aktres Cantik Ni Jadi Song Hye Kyo Dalam Descendants of the Sun Versi Filipina
Sama-sama kita nantikan DOTS versi Filipina yang katanya bakal ditayangkan tahun hadapan.