Tahukah kini panadol palsu sudah beredar di pasaran. Terkejut bukan mengetahuinya?
Perkara ini dikongsi oleh seorang ahli farmasi, Zeff Tan yang memberi amaran kepada pengguna bahawa terdapat versi palsu produk Panadol dijual di pasaran selepas menemuinya sendiri.
Zeff Tan yang berasal dari Pulau Pinang, berkata dalam Facebook bahawa dia mengetahui tentang Panadol palsu melalui netizen yang berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkannya.
Tan berkata bahawa sukar bagi mata yang tidak terlatih untuk melihat perbezaan antara Panadol asli dan yang palsu, melainkan jika diperhati dengan penuh terperinci.
- Panadol asli dan palsu. Foto – FB Zeff Tan
Menurut ahli farmasi bertauliah ini, dia telah mengenalpasti beberapa cara untuk membezakan produk palsu dengan produk Panadol sebenar yang dihasilkan oleh GlaxoSmithKline (GSK).
Cari Number MAL
Semua ubat yang dibenarkan di Malaysia diberi nombor pendaftaran oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Nombor ini dicetak dengan perkataan “MAL” pada pembungkusan produk.
Satu cara untuk mengetahui sama ada produk mempunyai nombor pendaftaran palsu adalah dengan mencari nombor cetakan di laman web Agensi Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Di laman web Perkhidmatan Farmasi Kerajaan, pihak berkuasa juga menyatakan bahawa nombor pendaftaran biasanya terdiri daripada lapan nombor, dan berakhir dengan huruf T, A, X atau N.
- Lihat nombor pendaftaran pada Panadol. Foto – FB Zeff Tan
Kesilapan Ejaan
Cara lain yang mudah tetapi sering diabaikan untuk memeriksa sama ada produk adalah legit dengan melihat sama ada terdapat sebarang kesilapan ejaan, terutamanya dalam kata kunci seperti nama pengeluar. Untuk produk Panadol ini nama GlaxoSmithKline ditulis ClaxoSmithKline.
- Kesilapan ejaan pada Panadol. Foto – FB Zeff Tan
Cara Pembuatan Fizikal Tablet
Apabila Tan memeriksa Panadol palsu yang dibeli, dia mendapati bahawa ia dibuat teruk, kotor, bahkan tepinya kasar dan tidak rata pada tablet.
Manakala, tablet sebenar mempunyai kemasan yang bersih, kemas, malah permukaannya sekata.
- Pembuatan tablet palsu tidak kemas dan kasar. Foto – FB Zeff Tan
Sekarang makin berbahaya, panadol pun dah ada yang palsu. Di harap pembaca semua berhati-hati dan aplikasikan tips di atas bila membeli produk kesihatan.